Friday, November 11, 2011

Rendang Cili Api

Keinginan untuk menulis resepi rendang ini adalah kerana masakan rendang yang dibuat semasa Aidiladha tempoh hari menjadi. yeay! lagi sikit je nak rasa macam mak masak. yeay! Saya memang hebat. yeay! (kasi penampo sikit)

Rendang cili api ini adalah resepi yang diminta khas dari bonda tercinta a.k.a mak cun saya. Apakah rahsia kejayaan mak cun dapat masak makanan yang sedap sedap sehingga mendapat anak yang sihat-sihat belaka? Jika ditanya, jawapan ringkas diberi, "campak-campak je masa masak tu". okay sangat hebat  -____-"



Okay, let's main masak-masak!

bahan-bahan:
1. cili api
2. lengkuas
3. halia
( kesemuanya dikisar atau ditumbuk)

4. bawang merah
5. bawang putih
(dikisar)

6. serai (potong lebih kurang panjang jari kelingking ke, ibu jari ke)
7. daun limau purut (potong macam nak buat bunga rampai)
8. kerisik

* disebabkan saya duduk di negara yang orang tidak mengenali kerisik, so terpaksa buat kerisik sendiri. macam mana? goreng kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga garing (sampai warna macam coklat emas). lepas tu tumbuk kelapa garing tadi sampai lumat sampai minyak dia keluar. Tadaaaa, jadi la kerisik.

9. santan
10. sedikit asam keping
11. garam
12. and ofkos, ayam atau daging.

cara memasak:
  1. Letak kuali atas api, masukkan ayam atau daging.
  2. Masukkan santan, air dan bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar tadi.
  3. Letak serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  4. Biar sampai mendidih dan ayam/daging separuh masak.
  5. Masukkan kerisik, serai, asam keping dan daun limau purut.
  6. Kacau dan biar masak dengan api sederhana kecik.
  7. Kacau kadang-kadang untuk memastikan tidak hangit, biar sampai jadi rupa rendang. hehe
  8. Tadaaaa!!! Sedia dihidang bersama ketupat dan nasi impit. Makan dengan nasi pun sodap!

sumber: google.
sebab saya lupa nak amik gambar rendang!  T.T
ni rupa yang paling seakan-akan. 


*P/S
        ahh, kenapa tade tulis berapa biji bawang, berapa banyak kunyit, berapa banyak santan, dan berapa banyak nak guna kejadah bahan-bahan tersebut?
        kan dah kata, resepi nak masak sedap macam mana? CAMPAK-CAMPAK je. So, semuanya mengikut ukuran deria rasa dan naluri anda. Mak cun memang tak pernah bagitau ukuran bahan-bahan untuk masak. Bila tanya banyak mana nak guna, mak mesti cakap "agak-agak jela". Agak-agak ade yang terkurang tambah lagi. Tiada sebarang masalah ataupun larangan. Senang kan kan.

dan satu lagi mak cakap, nak sedap guna bahan semula jadi yakni, lesung batu is better than blender. so saya prefer guna lesung batu untuk menumbuk segala bahan yang perlu ditumbuk. dan, guna lesung batu yang ada sisa-sisa bahan tumbuk tadi untuk tambah air ke dalam masakan. lebih sedap katanya. tak tau la itu hanya psikologi ke apa, tapi tak salah kan guna tips orang tua-tua.

Last but not least,


SALAM AIDILADHA 
dari saya untuk semua umat islam di dunia.
peace yawww  (^^)v





Thursday, October 13, 2011

GILA, nak nangis laju laju

gilaaaaaaaa lama tak update ini belog.
dah jadi sarang kelawar macam kat rumah perempuan sihir yang dalam cerita fairy tale.

banyak perkara yang berlaku lepas habis exam.
balik Malaysia,
puasa,
raya yang paling hampeh dalam sejarah,
berlalunya syawal,

semua ada cerita yang tak mampu untuk dicerita.
yang pasti bila ada kat Malaysia memang malas semalas-malasnya untuk update.

this sunday i'll fly back to negara E.
malas gilaaaaaaaaaaaaa.
banyak benda yang tak dapat ditunaikan lagi  T.T



MAK, TAK NAK BALIK!!!
*nangis laju laju*



Tuesday, May 24, 2011

fashionista paling comel.



Salam all! 
Okay, kali ni aku nak cerita pasal seorang fashionista ni. Dia sangat comel okay. Comel gila sampai tahap bila kau jumpa dia kau rasa nak cium-cium nak peluk-peluk je. Dia kuat bercakap tapi kadang-kadang(erk maybe selalu) korang takan faham apa la yang minah ni cakap.  But even bila dia membebel tah hape-hape tu pun, she have point to get your attention on her dan akan buat kita tergelak-gelak je tengok minah ni. Oh FYI, she's not a blogger. But 'pantang' bila nampak laptop. 

Okay, take a look some of her gorgeous and cute pictures.



Hijabi fashion



See, so fashionista rite?


 Okay, this is look like 'mak cik kantin'



 wearing her mak su (me) hijab



 like a baby doll !


wearing her tok umi hijab


 like mak aji


 urban hijabi fashion


 erk..is this consider as hijabi's fashion??



Free hair style
means really FREE HAIR


 Minnie mouse wannabe


 princess with her pak uda


 bride fashion


wanna go to beach with me?
get my mama&papa permission first  :P



Hah, nampak? cute gila kan fashionista ni? tade fashionista lain yang lebih comel dari dia. 
What to do, instead of study for my exam I did this post. Thats just because really  miss her soooo much !

Hey little kiddo !
nanti mak su balik tak lama lagi kita jalan-jalan okay.
(^_^)v






Saturday, May 21, 2011

dapatkan rambut lebih lembut dengan pakcik Schwarzkopf



Semalam baru habis last practical exam physiology. Alhamdulillah, dapat doctor yang baik seperti seorang bapa yang penyayang. Tapi tu pun ada jugak yang tergagap nak jawab. Salah sendiri la suka sangat study last minit hah padan muka kau! Sekarang ada gap 11 hari untuk permulaan written paper yang macam killer tu. Konon konon hari ni nak berehat la sebelum start mengadap buku kan. Sempat pulak nak rehat rehat kan nanti baru tergopoh nak belajar 4 buah buku physio yang killer tu dalam masa 11 hari hebat gila la pulak kau kan  -___-"


Okay, kita lupakan exam sebentar. Ada satu benda nak promote. Untuk kebaikan bersama.

Sesiapa yang mempunyai masalah rambut yang kasar macam dawai 



atau kembang macam....


errrkkkk...??


Hah, tiada lagi kerisauan ye kawan-kawan.
Saya hadiahkan anda dengan sesuatu,
ini...


Oh apakah ini apakah ini??
ni adalah zero frizz hair serum from Schwarzkopf for your ugly hair
eh, not your ugly hair, my ugly hair actually

eh eh, kenapa tiba tiba baik hati gila nak promote
well I memang baik hati pun kan :P
lagi aku jadi baik hati nak promote sebab aku dah rasa suka gila dengan rambut aku yang semakin lembut gila dah tak macam singa gila masa zaman muda muda dulu tu kan
dah tak rimas dah untuk melepaskan rambut.
dulu asyik ikat je sampai rambut pun jadi lemas
dah la lemas, bab gugur tak payah nak cerita la kan. 


apa kebaikan zero frizz ni?

1. Membaiki masalah rambut korang aku yang rosak macam baru lepas kena letrik tu.
2. Ofkos akan melembutkan rambut yang macam dawai berkarat tu
3. Membuat rambut senang di urus
4. Mengurangkan rambut gugur
5. Tidak berminyak.
6. Membuatkan anda rasa rambut seperti artis korea. 
7. Membuatkan anda rasa seperti ingin menampar aku selepas baca point no6 diatas.

Okay la, bukan macam artis korea pun, sikit sikit lagi la nak sampai tahap artis. Kata pun dulu rambut macam dawai karat, jangan mimpi la nak rambut macam gegurls SNSD. Tapi more much better than before la (dah more, much lagi). Betul ni tak tipu punnnn.

Dan !

8. Sangat menjimatkan okay



Tengok ni tengok ni. Aku beli dulu masa bulan 10 ke bulan 11 tahun lepas. Harga LE45 = RM27. Kalau kat Malaysia tak tau la pulak berapa kan. Tapi dah nak dekat setahun baru banyak ni guna tau (rujuk anak panah merah) Jimat gila la kan. Pulak tu bukan aku sorang je tau guna, sekali dengan ahlirumahtangga semua pun join sekali. Yelah kan memang aku beli benda ni untuk pakai sama sama dengan korang kannnnn *mata ke atas tangan dibahu* :P   Haha, memang aku pun yang suruh ahli rumahtangga pakai bila aku rasa perubahan pada rambut aku (ni bukan *mata ke atas tangan dibahu* tau) Bak kata maknae rumahtangga "Sharing is caring, not annoying" (lah sangat kan :P)

Cara nak pakai?

Senang je. Lepas mandi biarkan rambut kering. Tapi agak agak sebelum nak kering atau masa rambut lembap lembap tu, letak zero frizz ni kat tapak tangan sikit, lepas tu sentuh dengan jari pada tangan yang sebelah lagi lepas tu sikat kan rambut guna jari yang ada serum tu. Ayat macam keling kan. Paham tak paham tak? senang kata jangan letak serum tu sekelompok kat rambut la. Sebab dia likat macam gel. pastikan rata kena kat seluruh rambut okay. Kalau rajin amalkan penggunaan zero frizz ni nanti korang akan nampak perubahan dia. 


Jadi apa tunggu lagi, dapatkan SCHWARZKOPF ZERO FRIZZ CORRECTIVE HAIR SERUM di pasaran sekarang !!

                                                        

p/s   pakcik Schwarzkopf, komisyen tade ke??






Sunday, May 15, 2011

selamat menyambut final exam !



starting tomorrow......



and will be last for 2 months -____-"

pretty COOL huh ?!


GOOD LUCK to 'ahli rumahtangga'
and to all my frens
and to all my fellow batch
and to all who will sit for final year exam.

semoga semua berjaya bersama
dan menjadi doktor yang berjaya dunia akhirat. 
AMIIN....

pray for us guys !!!
kamsahamida :)

 

Blog Template by YummyLolly.com