Friday, November 11, 2011

Rendang Cili Api

Keinginan untuk menulis resepi rendang ini adalah kerana masakan rendang yang dibuat semasa Aidiladha tempoh hari menjadi. yeay! lagi sikit je nak rasa macam mak masak. yeay! Saya memang hebat. yeay! (kasi penampo sikit)

Rendang cili api ini adalah resepi yang diminta khas dari bonda tercinta a.k.a mak cun saya. Apakah rahsia kejayaan mak cun dapat masak makanan yang sedap sedap sehingga mendapat anak yang sihat-sihat belaka? Jika ditanya, jawapan ringkas diberi, "campak-campak je masa masak tu". okay sangat hebat  -____-"



Okay, let's main masak-masak!

bahan-bahan:
1. cili api
2. lengkuas
3. halia
( kesemuanya dikisar atau ditumbuk)

4. bawang merah
5. bawang putih
(dikisar)

6. serai (potong lebih kurang panjang jari kelingking ke, ibu jari ke)
7. daun limau purut (potong macam nak buat bunga rampai)
8. kerisik

* disebabkan saya duduk di negara yang orang tidak mengenali kerisik, so terpaksa buat kerisik sendiri. macam mana? goreng kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga garing (sampai warna macam coklat emas). lepas tu tumbuk kelapa garing tadi sampai lumat sampai minyak dia keluar. Tadaaaa, jadi la kerisik.

9. santan
10. sedikit asam keping
11. garam
12. and ofkos, ayam atau daging.

cara memasak:
  1. Letak kuali atas api, masukkan ayam atau daging.
  2. Masukkan santan, air dan bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar tadi.
  3. Letak serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  4. Biar sampai mendidih dan ayam/daging separuh masak.
  5. Masukkan kerisik, serai, asam keping dan daun limau purut.
  6. Kacau dan biar masak dengan api sederhana kecik.
  7. Kacau kadang-kadang untuk memastikan tidak hangit, biar sampai jadi rupa rendang. hehe
  8. Tadaaaa!!! Sedia dihidang bersama ketupat dan nasi impit. Makan dengan nasi pun sodap!

sumber: google.
sebab saya lupa nak amik gambar rendang!  T.T
ni rupa yang paling seakan-akan. 


*P/S
        ahh, kenapa tade tulis berapa biji bawang, berapa banyak kunyit, berapa banyak santan, dan berapa banyak nak guna kejadah bahan-bahan tersebut?
        kan dah kata, resepi nak masak sedap macam mana? CAMPAK-CAMPAK je. So, semuanya mengikut ukuran deria rasa dan naluri anda. Mak cun memang tak pernah bagitau ukuran bahan-bahan untuk masak. Bila tanya banyak mana nak guna, mak mesti cakap "agak-agak jela". Agak-agak ade yang terkurang tambah lagi. Tiada sebarang masalah ataupun larangan. Senang kan kan.

dan satu lagi mak cakap, nak sedap guna bahan semula jadi yakni, lesung batu is better than blender. so saya prefer guna lesung batu untuk menumbuk segala bahan yang perlu ditumbuk. dan, guna lesung batu yang ada sisa-sisa bahan tumbuk tadi untuk tambah air ke dalam masakan. lebih sedap katanya. tak tau la itu hanya psikologi ke apa, tapi tak salah kan guna tips orang tua-tua.

Last but not least,


SALAM AIDILADHA 
dari saya untuk semua umat islam di dunia.
peace yawww  (^^)v





0 orang cool komen:

 

Blog Template by YummyLolly.com