Friday, June 25, 2010

mewahnya manusia yang belum lahir

kalau ikut due date yang aku dengar-dengar insya'allah awal bulan 8 ni keluar la dia.tak sabar pulak rasa nak tunggu saat tu.haha orang lain yang nak beranak aku pulak yang excited melebih-lebih.mana tak-nya first cucu beb.oh bukan cucu aku ya.saya masih muda dan teruna/dara lagi.cucu mak dan abah aku pastinya.mak cakap tengok gambar ultrasound tu bentuk muka baby macam muka aku.kalau ikut muka aku haruslah sangat comel muka baby.

disebabkan si kecik yang tak lahir lagi tu aku punya perbelanjaan bulan 6 habis masa awal bulan.terpaksa topup dengan duit belanja bulan 7.belum pun masuk bulan 7 duit belanja dah nak abis.haiii si kecik si kecik.beli souvenir untuk kau sorang je dah habis beratus.mengalahkan orang lain punya yang harga lebih kurang 30L.E je sorang.atuk dan opah kamu punya souvenir pun mak su tak belikan lagi.bertuah sungguh kamu.walau tak lahir lagi hidup dah mewah.ni baru hadiah dari mak su comel kamu ni.tak kira lagi souvenir dengan hadiah-hadiah dari mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik kamu yang lain.

kamu sangat beruntung okay sebab dapat mak su yang sangat-sangat suka giler dekat baby.masuk kedai baby semua barang mak su rasa nak beli.boleh dikata hampir setiap minggu muka aku pergi kedai 'baby home'.sampai orang kedai tu pun dah kenal muka gadis cun/ayu/manis/comel ni.owh dan juga muka kawan aku Nashitan (bukan nama sebenar).



first baju yang mak su beli untuk baby


yang ni hadiah dari kawan mak su
auntie najatun/nashitan
(tua giler rasa panggil auntie.haha)


comel kan kasut ni kan kan


beli baju kaler lain pulak


yang ni untuk anak sepupu aku


comel giler sweater untuk baby


cari kaler pink takde.ulat pink pun jadilah


serius yang ni yang paling aku suka!
comel giler!
cari kaler pink pun takde jugak


kredit kat kedai ni.
terima kasih

ya!!! kalau boleh semua nak beli kaler pink.kata pun baby girl kan.tambah pulak aku memang suka giler kaler pink.habis semua barang baby kalau boleh nak cari pink.jangan nanti tetiba keluar baby boy pulak.terpaksa la  simpan barang tu sampai dapat adik perempuan.haha.tapi mak aku cakap tengok bentuk perut kakak aku memang nampak bentuk baby perempuan.orang-orang lama tau je nak tengok kan.mak kata kalau perut bulat je tandanya baby lelaki.kalau macam lonjong sikit baby perempuan.eh eh ke terbalik?aku pun tak pasti.tapi ada la bentuk-bentuk dia.insya'allah keluar la baby girl nanti.sebab baby girl banyak fesyen.macam-macam aku boleh gayakan nanti kat budak tu.hehe



tiba-tiba aku rasa blog aku ni dah jadi macam blog menjual barang-barang bayi.

Monday, June 21, 2010

penambahan list jejaka kacak

jejaka kacak dalam arena bola sepak yang aku minat....


abang Gerard.tapi sekarang abang Gerard ada pesaing baru.
ini....


dan ini....!!!


oh my god! u sangat kacak! u buat hidup i serabut kebelakangan ni.ustaz i cakap kalau hidup selalu sangat serabut kita patut kahwin.agak-agak bila u nak datang meminang?


i jadi gila tengok u main tadi.bertambah gila apabila camera man asyik fokus muka u.i tengok u live okay.gila bangga! oh i tak kisah orang cakap i gila sebab 'the most intelligent person is the craziest one'.


walaupun u dapat hadiah kad merah dari referee mungkin sempena father's day i pun tak pasti dan ini semua  gara-gara si salomon kalou yang sangat hanyir baunya seperti ikan salmon yang tidak dimasak tapi i tak peduli.gaya u keluar dari padang sudah cukup membuatkan i bertambah cair seperti kesedapan coklat cadbury perisa black forest yang mencair didalam mulut.kenapa u sangat kacak?why why why???


u jangan risau okay.sokongan i pada u tetap utuh seperti waktu mula-mula kita berkenalan dulu.



lihat-lah lihat-lah lihat-lah muka u yang sangat bergaya persis mutiara bak kata mila AF-berapa ek?-

muka u juga ada gaya seorang arkitek atau engineer yang berjaya.multiplayer!



KAKAKAKAKAcak!!!!





*p/s kepada abang Gerard:
    abang tetap dihati walaupun pesaing abang sangat kacak tapi kecomelan abang tiada tolok  bandingnya.cuma kekacakan pesaing abang mengatasi lebih sikit dari tahap kecomelan abang.namun abang masih tetap dihati.



hidup jejaka kacak!






Sunday, June 20, 2010

cubalah selagi termampu


kadang-kadang hidup perlukan pengorbanan untuk meraih kebahagiaan.
if people say that you are crazy just say back to them that the most intelligent people is the craziest one.
that is true.dont believe it???
try this.....





























maaf dari saya dulu kini dan selamanya.
hahahahahahahaha


Saturday, June 19, 2010

hero terbaik antara yang terbaik II



SELAMAT HARI BAPA
untuk abah
AHMAD BIN NAWI
bapa terhebat sepanjang hayat

semoga panjang umur
semoga murah rezeki
semoga bahagia dunia dan akhirat

semoga dapat cucu yang comel
maintain muda okay!

okay tahun ni ninie bagi abah 2 hadiah.
jangan jeles-jeles dengan mak lagi.
sape suruh lahir dekat-dekat dengan tarikh hari bapa.
haha.tape-tape.tahun ni abah dapat 2.
tunggu kepulangan ninie okay!

sayang abah sentiasa!

Sunday, June 13, 2010

hero terbaik antara yang terbaik


pendekar mustar tak berjanggut
haha tipu je
ini la abah saya yang sentiasa muda
walaupun 2 hari lepas dah mencecah umur 60 tahun
tapi ninie tengok abah ni macam baru umur 40 tahun la
(bodek bodek)
apa rahsia birthday boy ek?

seronok giler dulu semalam buat conference ramai-ramai kat yahoo massenger atau nama manjanya 'ym'.walaupun anak abah bersepah-sepah kat merata tempat tapi oleh kerana haritu hari jadi abah jadi kitorang sume boleh berkumpul walaupun hanya dalam ym.terima kasih ym.jasa anda amat dihargai.

okay ninie tau ninie lambat buat special entri sempena hari jadi abah ni.abah jangan merajuk okay.abah pun mesti tau ninie tengah berhadapan dengan kertas pembunuh a.k.a killer paper.sape lagi kalau bukan subjek physio ku sayang.tapi disebabkan dia adalah pembunuh saya pun tanak dah sayang kat dia.saya merajuk.

tiba-tiba saya rasa rindu pulak nak buat karangan bahasa melayu.

tajuk: Abah Saya Hero Saya

Saya mempunyai seorang abah.Ini kerana mak saya tidak kahwin dua.Nama abah saya Ahmad bin Nawi.Abah saya dilahirkan di kampung saya.Mungkin dirumah nenek saya kerana saya tidak pasti pada waktu abah saya dilahirkan sudah ada klinik/hospital di kampung tersebut.Saya rasa tiada.Tanggal 11 haribulan 6 tahun 1950 lahirlah abah saya.Setahu saya sewaktu abah saya dilahirkan abah saya menangis.Alhamdulillah tidak bisu.Saya tidak ingat pula tahap kecomelan abah saya sewaktu baby.Tetapi saya ingat lagi tahap kekacakkan abah saya sewaktu bersekolah rendah.Ada jambul,memakai bow tie kaler merah,berbaju kemeja putih dan berseluar pendek biru tua.Ouh sangat kacak!

Pada umur 26 tahun selamatlah abah saya berkahwin dengan seorang gadis cun berumur 19 tahun.Setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai 6 orang anak akhirnya pasangan suami isteri bahagia ini dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel pada tahun 1990.Mereka sangat gembira dengan kelahiran bayi comel itu.Saya tahu,saya yakin dan saya pasti.


Kenapa abah adalah hero terbaik antara yang terbaik bagi saya.

1. abah sentiasa mendoakan ninie.

2. abah sentiasa inginkan yang terbaik untuk ninie.dan sebab tu lah segala urusan kehidupan dan masa depan ninie tak kisah untuk abah yang uruskan.

3. abah tak pernah pukul ninie.jangan kata pukul,jentik pun tak pernah.walaupun kadang-kadang ninie sangat nakal.

4. abah sayang ninie.ninie tau.

5. abah selalu cium ninie.

6. abah selalu peluk ninie.

7. abah selalu suap ninie makan dari kecik sampai la besar.rindunya nak abah suap!

8. abah selalu bagi apa yang ninie nak.

9. abah selalu pegang tangan ninie bila jalan-jalan.

10. abah selalu suruh ninie cari stoking abah yang hilang sebab abah suka letak merata-rata.takpe ninie suka.

11. abah selalu guna taktik mintak duit kat alang dengan alasan abah dah takde duit tapi lepas tu abah bagi duit tu kat ninie.yang ni lagi ninie suka.

12. abah selalu bawak balik makan tengah hari kat ninie kalau ninie ada kat rumah.

13. abah selalu akan datang asrama/kolej kalau ninie suruh walaupun hanya semata-mata untuk bagi buah epal kesukaan ninie.

14. abah suka berjoget bila dengar lagu.

15. ninie memang pemalas kalau nak belajar tapi abah tak pernah marah ninie walaupun markah peperiksaan ninie teruk.

16. abah selalu nasihat ninie walaupun ayat abah sentiasa sama sampai ninie pun dah hafal.

17. ninie suka bila abah puji diri sendiri sebab ninie pun suka puji diri sendiri.kita serupa.

18. ninie suka kalau abah kejutkan ninie bangun tidur.nanti abah usap-usap dulu,tepuk-tepuk dulu,cium-cium dulu.lepas tu ninie mintak lagi 5 minit abah akan tunggu sampai 5 minit lepas tu baru kejut ninie balik.

19. ninie suka kalau tengok abah sakat mak.

20. abah kelakar dan abah suka gelak.patut la abah nampak muda.bangga la tu.

21. abah manja.dari kecik sampai ke besar,dah kahwin,ada anak,dapat menantu dan bakal jadi atuk tapi perangai abah tetap manja.takpe ninie tak kisah.

22. masa dulu-dulu bila abah makan gula-gula ninie cakap ninie nak lepas tu abah keluarkan gula-gula tu dari mulut abah dan abah bagi kat ninie.patut la ninie bijak macam abah.

23. walaupun abah tak kaya macam orang-orang kaya tapi abah dah berjaya membesarkan 7 orang anak yang sihat tanpa merasa kekurangan.

24. walaupun abah tak dapat meneruskan pelajaran sampai menara gading kerana tidak mampu,tapi abah mampu meneruskan usaha dengan memberi 7 orang anak belajar sehingga ke menara gading.

25. abah ambil berat tentang persekolahan dan pelajaran ninie.

26. yang ni ninie paling suka.abah JOBOK! haha


kalau ikutkan banyak lagi sebab mengapa abah saya adalah hero terbaik antara yang terbaik buat saya.kalau nak listkan semua sampai esok pun tak habis.


oh ya sempena hari jadi abah ni ninie tak bagi lagi hadiah.nanti ninie belikan abah air oren twister kesukaan abah okay.mesti abah suka kan kan.hehe


Wednesday, June 9, 2010

hero terbaik




hero aku hampir sedekad yang lalu.
FONG SAI YUK
suka gila aku dengan cerita ni.
dulu masa darjah 4 rambut aku panjang macam Fong Sai Yuk.
lepas tu aku suruh mak aku ikat tocang then aku suka lilit tocang tu kat leher.
bajet nak jadi macam
Fong Sai Yuk!!
(sambil buat gaya okay)


lepas tu ada seorang budak darjah satu muka sebijik macam Siu Siu(heroin)
boleh pulak aku pergi kat budak tu mintak jadi adik angkat.
korang ada ke adik angkat muka macam artis cina?
ade ade??

itu dulu okay.
sekarang aku dah matured.

Saturday, June 5, 2010

Feveret #02

pekerjaan yang dah lama aku tak buat.kalau dihitung-hitung ada la nak dekat 2tahun aku tak buat benda alah ni.feveret sebelum ni pasal drama-drama korea.feveret kali ni ada jugak macam berkaitan dengan feveret #01.apa yang sama????keSWEETannya yang sama.

apa yang sweet???mestilah kisah-kisah yang ditulis.haaaa feveret kali ni adalah NOVEL.aku juga salah seorang penggemar novel.walaupun aku tak pernah beli novel tapi aku sangat suka baca novel.macam mana aku dapat novel???mestilah pinjaman dari rakan-rakan atau perpustakaan.apa guna wujudnya perpustakaan kalau kita tak pinjam buku kan.

haruslah difahamkan bahawasanya(betulkah ayat ni) saya adalah penggemar membaca novel.bukan penggemar membeli novel.so memang satu novel pun aku tak pernah beli.sume pinjam punya.bukan aku kedekut.cuma dulu zaman-zaman sekolah dulu mana mampu nak beli novel yang berpuluh-puluh ringgit.dari aku habis duit kat novel baik aku simpan dalam tabung.okay sangatlah tipu disitu.baik aku beli baju guna duit tu.haha.

selama aku hidup aku hanya ada satu je novel.tu pun hasil pemberian die hard fan sempena hari jadian aku oleh Ms.Ismail(Ismail nama bapak dia okay).oh bukan kau ye najat(aku tau kau pun kipas susah mati aku.)kebetulan pulak nama bapak sama.adakah semua anak pak cik Ismail adalah peminat aku???soalan ini kita jawab kemudian.

ini lah satu-atunya novel yang aku dapat dari die hard fan

tapi aku rasa aku dah banyak ketinggalan pasal novel-novel dan novelis-novelis terbaru.yelah memandangkan tahun last aku baca novel adalah berapa tahun yang lepas aku pun tak pasti.atas alasan dan sebab-sebab tertentu aku berehat seketika bersama Kit Kat dalam meneruskan ketekunan aku yang satu ni.buku teks pelajaran pun aku tak habis baca bai.kalau aku boleh tekun baca buku pelajaran macam mana tekunnya aku baca novel gerenti meleleh air mata mak aku terharu.bapak aku pulak pasti buat sujud syukur punyalah.malangnya itu hanyalah angan semata.

1st rank: yang ni adalah novel feveret aku selama-lamanya.


2nd rank: cerita yang sangat sedih! habis je pmr aku terus sambar buku ni.


3rd rank: cerita yang paling setia.wahhh terharu siot!


antara novels lain yang turut menjadi kegemaran aku:




ye aku tau novel-novel ni semua novel yang agak lama.kata pun dah lama aku tak baca novel.dan sekarang aku rasa sangat rindu nak baca novel.tapi apakan daya.sekarang ni tengah exam.terpaksa la aku berpura-pura baca buku teks tu macam aku sedang membaca novel. =.="

Tuesday, June 1, 2010

ketuaan

muka aku lagi 20tahun.betulkah macam ni??kalau lagi 20tahun maknanya masa tu umur aku 40.takan la macam ni kot.aku rasa aku nampak muda dan hot lagi masa tu.haha


yang ini mak aku.ye ye aku tau mak aku lagi cun dan comel walaupun umur dah 50tahun.tapi aku pun cun jugak kan mase umur 40 kan kan..hehe  
 

Blog Template by YummyLolly.com