Sunday, June 13, 2010

hero terbaik antara yang terbaik


pendekar mustar tak berjanggut
haha tipu je
ini la abah saya yang sentiasa muda
walaupun 2 hari lepas dah mencecah umur 60 tahun
tapi ninie tengok abah ni macam baru umur 40 tahun la
(bodek bodek)
apa rahsia birthday boy ek?

seronok giler dulu semalam buat conference ramai-ramai kat yahoo massenger atau nama manjanya 'ym'.walaupun anak abah bersepah-sepah kat merata tempat tapi oleh kerana haritu hari jadi abah jadi kitorang sume boleh berkumpul walaupun hanya dalam ym.terima kasih ym.jasa anda amat dihargai.

okay ninie tau ninie lambat buat special entri sempena hari jadi abah ni.abah jangan merajuk okay.abah pun mesti tau ninie tengah berhadapan dengan kertas pembunuh a.k.a killer paper.sape lagi kalau bukan subjek physio ku sayang.tapi disebabkan dia adalah pembunuh saya pun tanak dah sayang kat dia.saya merajuk.

tiba-tiba saya rasa rindu pulak nak buat karangan bahasa melayu.

tajuk: Abah Saya Hero Saya

Saya mempunyai seorang abah.Ini kerana mak saya tidak kahwin dua.Nama abah saya Ahmad bin Nawi.Abah saya dilahirkan di kampung saya.Mungkin dirumah nenek saya kerana saya tidak pasti pada waktu abah saya dilahirkan sudah ada klinik/hospital di kampung tersebut.Saya rasa tiada.Tanggal 11 haribulan 6 tahun 1950 lahirlah abah saya.Setahu saya sewaktu abah saya dilahirkan abah saya menangis.Alhamdulillah tidak bisu.Saya tidak ingat pula tahap kecomelan abah saya sewaktu baby.Tetapi saya ingat lagi tahap kekacakkan abah saya sewaktu bersekolah rendah.Ada jambul,memakai bow tie kaler merah,berbaju kemeja putih dan berseluar pendek biru tua.Ouh sangat kacak!

Pada umur 26 tahun selamatlah abah saya berkahwin dengan seorang gadis cun berumur 19 tahun.Setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai 6 orang anak akhirnya pasangan suami isteri bahagia ini dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel pada tahun 1990.Mereka sangat gembira dengan kelahiran bayi comel itu.Saya tahu,saya yakin dan saya pasti.


Kenapa abah adalah hero terbaik antara yang terbaik bagi saya.

1. abah sentiasa mendoakan ninie.

2. abah sentiasa inginkan yang terbaik untuk ninie.dan sebab tu lah segala urusan kehidupan dan masa depan ninie tak kisah untuk abah yang uruskan.

3. abah tak pernah pukul ninie.jangan kata pukul,jentik pun tak pernah.walaupun kadang-kadang ninie sangat nakal.

4. abah sayang ninie.ninie tau.

5. abah selalu cium ninie.

6. abah selalu peluk ninie.

7. abah selalu suap ninie makan dari kecik sampai la besar.rindunya nak abah suap!

8. abah selalu bagi apa yang ninie nak.

9. abah selalu pegang tangan ninie bila jalan-jalan.

10. abah selalu suruh ninie cari stoking abah yang hilang sebab abah suka letak merata-rata.takpe ninie suka.

11. abah selalu guna taktik mintak duit kat alang dengan alasan abah dah takde duit tapi lepas tu abah bagi duit tu kat ninie.yang ni lagi ninie suka.

12. abah selalu bawak balik makan tengah hari kat ninie kalau ninie ada kat rumah.

13. abah selalu akan datang asrama/kolej kalau ninie suruh walaupun hanya semata-mata untuk bagi buah epal kesukaan ninie.

14. abah suka berjoget bila dengar lagu.

15. ninie memang pemalas kalau nak belajar tapi abah tak pernah marah ninie walaupun markah peperiksaan ninie teruk.

16. abah selalu nasihat ninie walaupun ayat abah sentiasa sama sampai ninie pun dah hafal.

17. ninie suka bila abah puji diri sendiri sebab ninie pun suka puji diri sendiri.kita serupa.

18. ninie suka kalau abah kejutkan ninie bangun tidur.nanti abah usap-usap dulu,tepuk-tepuk dulu,cium-cium dulu.lepas tu ninie mintak lagi 5 minit abah akan tunggu sampai 5 minit lepas tu baru kejut ninie balik.

19. ninie suka kalau tengok abah sakat mak.

20. abah kelakar dan abah suka gelak.patut la abah nampak muda.bangga la tu.

21. abah manja.dari kecik sampai ke besar,dah kahwin,ada anak,dapat menantu dan bakal jadi atuk tapi perangai abah tetap manja.takpe ninie tak kisah.

22. masa dulu-dulu bila abah makan gula-gula ninie cakap ninie nak lepas tu abah keluarkan gula-gula tu dari mulut abah dan abah bagi kat ninie.patut la ninie bijak macam abah.

23. walaupun abah tak kaya macam orang-orang kaya tapi abah dah berjaya membesarkan 7 orang anak yang sihat tanpa merasa kekurangan.

24. walaupun abah tak dapat meneruskan pelajaran sampai menara gading kerana tidak mampu,tapi abah mampu meneruskan usaha dengan memberi 7 orang anak belajar sehingga ke menara gading.

25. abah ambil berat tentang persekolahan dan pelajaran ninie.

26. yang ni ninie paling suka.abah JOBOK! haha


kalau ikutkan banyak lagi sebab mengapa abah saya adalah hero terbaik antara yang terbaik buat saya.kalau nak listkan semua sampai esok pun tak habis.


oh ya sempena hari jadi abah ni ninie tak bagi lagi hadiah.nanti ninie belikan abah air oren twister kesukaan abah okay.mesti abah suka kan kan.hehe


0 orang cool komen:

 

Blog Template by YummyLolly.com