Tuesday, December 21, 2010

Rumah terbakar panggil bomba

Gila lama dah aku tak update blog.

Sebab aku ada pre-midterm exam. Anatomy dowh. Dah diberitahu 3 minggu yang lepas. So 2 minggu yang lepas aku agak rajin la jugak baca baca buku hafal hafal segala muscle, nerve, gland, artery pekejadah tu semua. Okay tipu, aku tak hafal semua, sikit sikit je. Tapi aku kira rajin la jugak sebab bukak jugak buku. 

Tengah tengah rajin duk menghafal semua sekali tiba lah hari yang dinanti nantikan. Pagi tu dah siap semua lunch box bagai nak bawak pergi universiti (oh sekarang memang setiap hari bawak lunch box sebab tengah on diet disamping boleh menjimatkan duit, pasal diet ni nanti aku cerita kat entri lain). Dah siap mandi, bergaya depan cermin semua bagai, semangat ni nak pergi jawab exam. Tiba tiba, tup! black out! oh perkara biasa dekat imarah hijau ( rumah yang dipenuhi student malaysia perempuan. Macam kondo flat la kira.). Sekali dengar ramai budak menjerit. Aku pun terus konon konon nak tunjuk cool, cakap "Ape jerit jerit ni. Blackout je pun. Kecoh betul!" Sekali housemate aku, Cik Najat jerit, "terbakar weyh! Rumah terbakar!" Dan dan aku yang tadi bajet cool terus lari keluar rumah jerit, " semua naik atas! naik atas!" Bodoh tak? orang patut suruh keluar bangunan, kau suruh naik atas pergi rooftop. Tapi aku cakap tu pun sebab aku dengar orang lain jerit suruh naik atas. Aku sambung je arahan orang tu. Saya tak bersalah. Okay, tak payah nak pas salah kat orang lain.

Lepas tu kan, semua orang pun lari la keluar. Aku yang kat dalam rumah dengan 2 orang lagi housemate pun terkocoh kocoh nak keluar. Apa yang aku nak bawak ni?? henfon! laptop! (ni penting selamatkan dulu. barang berharga kot. beratus beribu ni harga) Asap dah banyak naik. Omg baju aku! baju aku! tapi sebab baju sangat banyak tak dapat nak bawak turun sekali. Campak campak simpan masuk dalam beg je (kesayangan ni weyh. dah la tade almari. ): ) Oh sebelum turun jangan lupa sembur perfume! GILA! bukan nak pikir selamatkan diri dulu. Akhirnya kitorang la orang yang terakhir sekali keluar dari bangunan. Semua ternganga terlolong cakap fulamak sempat lagi korang bergaya gaya! WELL... -_-"

Bila dah kecoh kecoh kat bawah semua orang suruh call lecturer mintak tangguh exam. Gila kau nak teruskan exam hari tu. Semua yang aku dah simpan dalam otak semua dah hilang. Exam dapat la tangguh seminggu sebab mostly budak kelas aku duduk dalam bangunan yang sama. Bila dah tangguh exam memang nak start menghafal balik tu memang payaaahhhhhh gila. Sebab dah mindset otak exam adalah hari seminggu yang lepas (jangan tiru aku bab bab mindset ni. tak berapa nak bagus)  Dah seminggu aku tak rajin nak bukak meghafal segala kejadah yang perlu dihafal. Tak sedar diri besok exam! Eh kau sempat lagi nak berblogging bagai. Taip panjang-panjang pulak. Ingat ada ke orang rajin nak baca. -______-""

Actually kebakaran tu sebenarnya tade la sampai menjilat hangus satu bangunan kondo flat ni. Meter letrik  utama je yang terbakar. Tapi aku nampak la api dia. Ngeri jugak kot. Cerita nak pumpang pumpang macam satu bangunan hangus dijilat api. Lepas tu, ahh...tak dapat diselamatkan *nangis nangis sikit* Lebat ah kau!

Kejap eh. Aku nak tunjuk pic kebakaran jap. Nak pergi curi pinjam kat Cik Najat punya fb. Pinjam eh jat. TQ *kasi senyuman manis sikit :)*


Seram tak? seram tak?
Mak aih, wayar belit belit camni memang patut pun terbakar.
Lagi kusut dari bulu unta.
Eh unta ada bulu ke?

Ada ke patut baba (owner bangunan) letak 6 meter untuk 12 rumah = 1 floor 1 meter. Lagi pulak sekarang winter orang nak guna heater bilik, heater air, cas fon bagai. akai ada ka? Laptop pulak dah sah sah la setiap student nak berlagak ada sorang satu. Apa kelas main share share. Part ni 'sharing is not very the caring'. Memang meletup kebababababoooommmm la meter tu.

Kepada baba terima kasih sebab buat exam kami postpone. 

Dah, pergi study sekarang. Besok exam bai!

Bye bye!


0 orang cool komen:

 

Blog Template by YummyLolly.com