Okay disebabkan setiap hari aku akan bawak lunch box pergi universiti, aku perlu memvariasikan (betulkah ayat ini?? ah balun!) makanan. Boring kot asyik asyik bawak nasi dengan ayam goreng, nasi dengan hot dog goreng (sebab tu je yang senang masak). Boring, sungguh boring! so aku dengan berlagak pandainya cuba melakukan perkara yang luar biasa dengan membuat egg rolls shushi. Main tibai je buat ni.
Bahan-bahan:
1. Beras
2. Telur
3. Crab stick
4. Karet (???) -Carrot-
5. Mayonnaise
6. Cili besar (hijau/merah)
7. Black pepper
Cara-cara:
1. Masak nasi. Pastikan nasi dimasak lembik, tapi jangan sampai jadi bubur pulak. Nasi sudah menjadi bubur tak dapat diselamatkan. Kalau agak agak nasi keras dan tak melekat tambahkan lagi air sampai nasi yang dimasak menjadi lembik dan melekat.
2. Sementara masak nasi lembik tu pergilah bancuh telur dulu. Bancuh telur macam nak buat telur dadar. Masuk cili yang dicincang kecil kecil (kalau tak nak masuk cili pun tape.tapi aku lidah melayu.mesti mau pedas). Masuk garam secukup rasa. Kacau kacau kacau. Pastu buat macam telur dadar. Tapi jangan tebal sangat. Kalau sebiji telur boleh buat dua keping telur dadar lebih kurang macam tu lah.
3. Potong
4. Bila dah siap potong potong dan goreng telur dadar, nasi lembik pun sudah masak. Ambik nasi tadi dan campur dengan mayo dan black pepper sikit. Kacau sebati.
5. Lepas tu amik papan potong yang besar dan kering, atau apa apa yang boleh dijadikan alas untuk menggulung telur atau dengan kata lainnya rolling the telur -_-" Ambil telur dadar, ambil nasi lepas tu
6. Susun crabs tadi, lapiskan dengan carrot secara memanjang kat bahagian agak hujung sikit. Macam nak buat popia, tau jugak kan kan. Bila dah siap susun tu, gulung la telur tu kemas kemas, kemudian potong macam potong kek gulung, mesti tau jugak kan kan.
7. Siap untuk dihidang! Oh ataupun susun dalam lunch box! yeay!
Senang kan kan.
TADAAAAA!!!
bashita!
bashita!
Renung-renungkan, dan selamat beramal!
0 orang cool komen:
Post a Comment