Thursday, April 28, 2011

Tips berpakaian untuk mereka yang berbadan besar.

Haha, lawak je rasa nak tulis entri kali ni. Nak bagi tips konon. Hebat sangat ke nak bagi tips kat orang nih. Aku tade la hebat sangat, tapi aku bagitau mengikut pengalaman dan sikit sikit je pengetahuan yang ada okay. Jangan la menaruh harapan tinggi pulak. Terdetik nak buat entri pasal ni sebab keJELESan melihat perempuan perempuan yang kurus dan berpotongan menarik berfesyen dengan bahagianya.

Kepada gadis gadis comel yang chubby dan bam bam seperti aku, eh, comel kerr? mestilah comel, kita kena yakin :)  Okay, pernah tak bila nak beli baju korang rasa macam "Wahhhh, baju cun! Tapi mesti aku tak muat. Saiz XL pun macam M je. Ketat je bila pakai" ataupun "Wahhhh, baju cun! Tapi kecik, tade size I la." ataupun "Erm, baju ni muat dengan aku, tapi elok ke aku pakai? tak nampak buruk ke? tak pelik ke?"

Pernah tak korang rasa bahawa diskriminasi berlaku terhadap manusia bertubuh comel ni lagi lagi yang bertudung sebab takkan nak pakai baju tak kena saiz kan. Nanti ketat ketat sangat tak sesuai la pulak kan. Kesian orang orang macam kami ni. Susah tau nak cari baju cun cun T.T  Walaupun susah nak cari, tapi kalau rajin mencari pasti akan jumpa jugak baju cantik yang menawan bila dipakai si gadis chubby. Yang penting pandai menggayakan agar sesuai dengan potongan badan.

Ni antara tips yang aku nak share.

1. Elakkan baju yang terlalu ketat sebab nanti nampak pulak segala lapisan burger dan benjol benjolan tak cantik lewww macam tuwww.

2. Elakkan juga baju yang terlalu besar sangat sampai boleh masuk lagi sorang (okay over) sebab nanti nampak kita oversize pulak dari size sebenar. Tah la dah cukup besar, nanti nampak lagi lagi lagi besar. Tamaw tamaw macam tu.

3. Rasanya kalau boleh elakkan pakai belt sebab nanti takut lagi nampak jelas bentuk pinggang kita yang tak berapa nak ramping tu. Tapi kalau nak pakai jugak guna belt yang tak sarat sangat.

4. Seeloknya piilih baju yang labuh atau menutupi bahagian punggung. Sorok la sikit kan. hehe.

5. Untuk si chubby yang pear shape, kalau nak pakai baju yang ada cekak atau nak pakai belt pakai yang cekak kat bahagian bawah dada, atau pakai belt kat bawah dada. Oh, dan juga korang cari baju yang cutting A ye. Maknanya bahagian atas ikut sesuai dengan bahu dan besar sikit kat bahagian bawah. 

6. Bagi yang apple shape, pakai baju yang cekak di bahagian bawah pinggang atau pakai belt dibahagian bawah pinggang (pelvic area)

7. Jangan pakai baju yang terlalu sarat dengan corak. Baju dah corak bunga bunga, pakai seluar corak harimau, pakai pulak tudung corak bulat bulat. Jangan okay.

8. Cardigan adalah benda wajib yang perlu ada dalam almari anda. Kalau pun kita susah nak cari baju cantik cantik, pakai je tshirt then sarung cardigan. Bergaya jugak tu kan. :)

9. Kalau nak beli jeans, aku selalu akan pilih jenama Lady Like dan Applemints. Sebab jenama tu yang macam senang nak cari saiz. Dan aku suka pakai slim cut. Tapi kalau pakai jeans slim cut ni pastikan pakai baju yang menutup punggung dan labuh sikit sebab nak tutup bahagian punggung dan peha yang besar.

10. Pakai skirt juga membantu kita nampak kurus. Tapi mesti kena pilih dengan betul. Pakai skirt yang straight cutting atau skirt ikan duyung. Pilih fabrik lembut atau kain jatuh. Boleh juga pakai skirt jeans. Elakkan skirt yang sarat dengan corak dan bertingkat-tingkat. Tapi macam aku tak minat sangat nak pakai skirt sebab susah nak jalan. haha.

11. Kalau nak nampak kurus sikit kan, pakai la heels atau wedges supaya nampak lebih tinggi. Kalau tinggi nampak kurus. Main dengan ilusi sikit. hihi


Okay, tu je tips yang dapat dikogsi setakat ni. Aku pun tak la pandai sangat bergaya. Biasa biasa je. Tapi aku ni memang gila baju dan suka pada fesyen. So, selalu la try macam macam jenis baju. Ada yang sesuai, ada yang tak. Kena berani mencuba la. Tu yang penting. Pedulikan apa orang nak kata. Tapi korang pun rajin rajin la tanya pendapat kawan kawan atau family pakaian yang korang pakai tu sesuai ke tak. Pendapat orang mungkin berguna bagi anda si chubby untuk bergaya. Cewaaahhhh ayat tak tahan nyah!

Semoga tips tak seberapa dari aku ni dapat bantu kita semua si gadis comel bertambah lagi comel dan bergaya. yeay! (^_^)v



Wednesday, April 27, 2011

Group Kpop Malaysia???


Wargghhhhhh!!!!! Apakah ini apakah ini??! Malaysia pulak dah gila nak buat group Kpop wannabe. Sungguh wannabe! dulu dalam entri ni ada cerita pasal group Kpop wannabe Indonesia, sekarang Malaysia pulak muncul Kpop wannabe. Kalau nak buat group Malaysia bukan Kpop weyh, Mpop la. Tak pegi sekolah ke?



 dari kiri: ALLOI- VIRGO- A AR -FIFIE- JAQ- KIM- OB- IYM- TAEMIN

Sumpah lawak! nama pun nak nama korea jugak. Kalau dah MELAYU TULEN tu letak jelah nama melayu.
dah la 24:7 tu pun tiru jugak. aiseymannnnn....



Muka dah la geli geli, ada hati nak tayang body lagi. Oh man!  T.T


Tak tau aku nak kata apa. Cuba la jangan nak tiru sangat. Even nak tiru sekali pun cuba sesuaikan dengan keadaan, suasana. Atau boleh jadikan inspirasi. Kan lagi bagus macam tu. Tak paham la kenapa gila sangat nak meniru benda benda macam ni. Kalau sesuai tape, ni.....urgghhhh! nak muntah weyh! 

Nak kata lagu melayu tak best, banyak je yang best, berkualiti. Macam lagu-lagu Aizat AF, Yuna, Faizal Tahir, banyak la lagi. Cumanya promosi je kurang sikit kot. Tu yang susah nak menembus pasaran dunia. (cewah cakap macam hebat sangat aku ni.) Tapi betul la, tak semestinya kau tiru korea bulat bulat kau akan jadi glamour macam diorang. Just improvekan apa yang kita sedia ada. Lagi bagus.



MELAYU MELAYU..... (-_____-")







Tuesday, April 26, 2011

marathon entri

Banyak gila benda nak cerita. Tapi tak tau macam mana nak start. Orang kata kadang kadang untuk memberitahu tak perlu cakap banyak banyak. So sekarang aku sediakan gambar gambar sebagai cerita. Oh kali ni juga aku buat marathon entri yang bermakna dalam satu post ada banyak banyak baaaaaanyakkk cerita. Erk...banyak ke?

Ushar ushar la sendiri ye....jeng jeng jeng..

    

BUKTI KINI GILA SHAWL 



dulu kan ada buat cerita pasal shawl kat entri ini.
yang ada ni pun tak terpakai semua ada hati lagi nak beli baru -___-"



SURPRISE BIRTHDAY PARTY BY AHLI RUMAHTANGGA (SEVEN HEAVEN)




home made cake by ahli rumahtangga :)



penat penat balik dari Malaysia bukan nak tolong, buli lagi ada. 
btw, thanks for the snow. i LIKE it! 





ni lah muka muka hantu tak bertauliah yang ganggu hidup aku.
sumpah lemah jantung mak nok.
buat ECG gerenti tak normal.






SEMINAR KERJAYA AQM 2011







time dinner orang buat tema ala ala Puteri Balqis,
aku buat tema Puteri Sihir.
witchy gila   -____-"



LAST STORY



okay, saje nak masukkan gambar ni sebab aku nampak MACAM kurus sikiiiitttt la. muahaha (^_^)v




Sekian saja. Lain hari kalau rajin I update resepi oreo cheese cake pulak eh. 
Besok kelas awal pagi.
Selamat tido dunia   :)





Saturday, April 2, 2011

Earthquake in Greece, not in Egypt

Semalam aku dengan housemate tengah main masak masak. Nak masak laksa la kononnya. Sekali rasa macam pening, goyang goyang. Housemate tanya korang rasa tak bergoyang, last last semua lari keluar rumah. Rupa-rupanya bumi yang pening. Mula mula ingatkan Egypt ada earthquake. Walaupun Egypt bukan negara yang ada bencana alam, mana la tau kan, kalau Allah kata nak jadi, jadi lah. Lepas tu dah fikir aku kena hantar balik Malaysia balik ke? Baru je sampai sehari kat Egypt. Jet lag pun tak hilang lagi kot.

Rupa-rupanya gempa tu berlaku dekat South of Greece.


Lagi berita di sini.



sumber: BBC News
 

Blog Template by YummyLolly.com