Thursday, April 28, 2011

Tips berpakaian untuk mereka yang berbadan besar.

Haha, lawak je rasa nak tulis entri kali ni. Nak bagi tips konon. Hebat sangat ke nak bagi tips kat orang nih. Aku tade la hebat sangat, tapi aku bagitau mengikut pengalaman dan sikit sikit je pengetahuan yang ada okay. Jangan la menaruh harapan tinggi pulak. Terdetik nak buat entri pasal ni sebab keJELESan melihat perempuan perempuan yang kurus dan berpotongan menarik berfesyen dengan bahagianya.

Kepada gadis gadis comel yang chubby dan bam bam seperti aku, eh, comel kerr? mestilah comel, kita kena yakin :)  Okay, pernah tak bila nak beli baju korang rasa macam "Wahhhh, baju cun! Tapi mesti aku tak muat. Saiz XL pun macam M je. Ketat je bila pakai" ataupun "Wahhhh, baju cun! Tapi kecik, tade size I la." ataupun "Erm, baju ni muat dengan aku, tapi elok ke aku pakai? tak nampak buruk ke? tak pelik ke?"

Pernah tak korang rasa bahawa diskriminasi berlaku terhadap manusia bertubuh comel ni lagi lagi yang bertudung sebab takkan nak pakai baju tak kena saiz kan. Nanti ketat ketat sangat tak sesuai la pulak kan. Kesian orang orang macam kami ni. Susah tau nak cari baju cun cun T.T  Walaupun susah nak cari, tapi kalau rajin mencari pasti akan jumpa jugak baju cantik yang menawan bila dipakai si gadis chubby. Yang penting pandai menggayakan agar sesuai dengan potongan badan.

Ni antara tips yang aku nak share.

1. Elakkan baju yang terlalu ketat sebab nanti nampak pulak segala lapisan burger dan benjol benjolan tak cantik lewww macam tuwww.

2. Elakkan juga baju yang terlalu besar sangat sampai boleh masuk lagi sorang (okay over) sebab nanti nampak kita oversize pulak dari size sebenar. Tah la dah cukup besar, nanti nampak lagi lagi lagi besar. Tamaw tamaw macam tu.

3. Rasanya kalau boleh elakkan pakai belt sebab nanti takut lagi nampak jelas bentuk pinggang kita yang tak berapa nak ramping tu. Tapi kalau nak pakai jugak guna belt yang tak sarat sangat.

4. Seeloknya piilih baju yang labuh atau menutupi bahagian punggung. Sorok la sikit kan. hehe.

5. Untuk si chubby yang pear shape, kalau nak pakai baju yang ada cekak atau nak pakai belt pakai yang cekak kat bahagian bawah dada, atau pakai belt kat bawah dada. Oh, dan juga korang cari baju yang cutting A ye. Maknanya bahagian atas ikut sesuai dengan bahu dan besar sikit kat bahagian bawah. 

6. Bagi yang apple shape, pakai baju yang cekak di bahagian bawah pinggang atau pakai belt dibahagian bawah pinggang (pelvic area)

7. Jangan pakai baju yang terlalu sarat dengan corak. Baju dah corak bunga bunga, pakai seluar corak harimau, pakai pulak tudung corak bulat bulat. Jangan okay.

8. Cardigan adalah benda wajib yang perlu ada dalam almari anda. Kalau pun kita susah nak cari baju cantik cantik, pakai je tshirt then sarung cardigan. Bergaya jugak tu kan. :)

9. Kalau nak beli jeans, aku selalu akan pilih jenama Lady Like dan Applemints. Sebab jenama tu yang macam senang nak cari saiz. Dan aku suka pakai slim cut. Tapi kalau pakai jeans slim cut ni pastikan pakai baju yang menutup punggung dan labuh sikit sebab nak tutup bahagian punggung dan peha yang besar.

10. Pakai skirt juga membantu kita nampak kurus. Tapi mesti kena pilih dengan betul. Pakai skirt yang straight cutting atau skirt ikan duyung. Pilih fabrik lembut atau kain jatuh. Boleh juga pakai skirt jeans. Elakkan skirt yang sarat dengan corak dan bertingkat-tingkat. Tapi macam aku tak minat sangat nak pakai skirt sebab susah nak jalan. haha.

11. Kalau nak nampak kurus sikit kan, pakai la heels atau wedges supaya nampak lebih tinggi. Kalau tinggi nampak kurus. Main dengan ilusi sikit. hihi


Okay, tu je tips yang dapat dikogsi setakat ni. Aku pun tak la pandai sangat bergaya. Biasa biasa je. Tapi aku ni memang gila baju dan suka pada fesyen. So, selalu la try macam macam jenis baju. Ada yang sesuai, ada yang tak. Kena berani mencuba la. Tu yang penting. Pedulikan apa orang nak kata. Tapi korang pun rajin rajin la tanya pendapat kawan kawan atau family pakaian yang korang pakai tu sesuai ke tak. Pendapat orang mungkin berguna bagi anda si chubby untuk bergaya. Cewaaahhhh ayat tak tahan nyah!

Semoga tips tak seberapa dari aku ni dapat bantu kita semua si gadis comel bertambah lagi comel dan bergaya. yeay! (^_^)v



0 orang cool komen:

 

Blog Template by YummyLolly.com