Nak diet? bukan mudah, tanpa semangat untuk membunuh nafsu makan memang la sangat susah. Lagi lagi untuk orang macam aku yang memang suka makan. Tapi lebih baik mencuba dari langsung tak cuba kan? Same goes to me. Aku sekarang tengah on diet. Susah, tapi at least aku cuba. Banyak kali jugak langgar peraturan diet (yang aku buat sendiri). Bukan senang ye nak kurus. Dan aku pun bukan mengharap aku akan kurus dan punya body macam Jessica Alba. Agak mustahil la kan. Dapat mencapai tahap yang boleh puaskan hati aku pun okay lah (tah bila bila la tu kan)
So, apa yang kita perlu buat untuk mulakan diet?
1. First of all, tulis dekat kertas besar besar contohnya I AM ON DIET, then tampal la kat dinding bilik anda. Ini sebagai peringatan kepada diri anda yang sedang berdiet.
2. Cari sesuatu perkara/benda yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi. Macam aku, aku suka fesyen dan baju. So aku akan selalu tengok fashionista fashionista yang cun cun. Then aku akan jadi jeles sebab aku susah nak pakai baju cantik cantik sebab semua size kecik kecik. So aku akan berazam nak kurus supaya aku dapat pakai macam diorang. Tu cara aku la. :)
3. Cuba try buat satu jadual makan yang sesuai dengan aktiviti harian anda. Macam aku contohnya aku akan makan nasi as a breakfast. Aku memang tak boleh tak makan nasi sampai berbulan-bulan. Gila apa. Orang melayu nasi mana boleh tinggal kan. So aku akan makan 1/2 mangkuk nasi (macam mangkuk nasi orang cina tu) setiap pagi.
-----Kenapa nasi sebagai breakfast?
Sebagai seorang pelajar, aku jarang bergerak. Hanya duduk, dengar lecture yang berjam-jam tu. Pergerakan aku adalah jalan kaki pergi dan balik dari universiti. So aku pilih nasi sebagai breakfast sebab aku fikir, kalau aku makan pagi, carbohydrate yang aku makan tu akan digunakan ketika perjalanan aku pergi dan balik dari uni. Kalau aku makan nasi tengah hari, aku hanya akan guna carbo tu time perjalanan balik je. Tak tau la apa yang aku fikir ni betul ke tak, tapi aku pernah dengar dalam tv breakfast perlukan sesuatu yang berat sebagai tenaga untuk kita bekerja.
Tengah hari pulak kalau lapar aku minum jus pisang+susu atau makan biskut yang kurang kandungan carbo dan kalori atau makan buah epal.
Makan malam pulak aku hanya makan lauk je. Kalau teringin sangat nak makan lauk-lauk tu dengan nasi aku akan amik 1-2 sudu nasi just sebagai merasa lebih kurang macam tu la.
4. Okay, yang ni penting. Banyak kan minum air mineral/putih. Seperti yang anda semua tahu, air mineral punya banyak khasiat. Air mineral bagus dalam membantu mengurangkan berat badan dan mencegah banyak penyakit. Kita disaran minum 5 liter air setiap hari.Secara jujurnya aku bukan jenis yang suka minum air mineral. Dulu aku boleh tak minum air putih/mineral dalam jangka masa yang panjang, seminggu, dan kadang kadang hampir sebulan! Asal nak minum aku akan pilih air manis. Tapi alhamdulillah sejak kebelakangan ni aku mencuba dan berusaha agar aku akan minum air mineral setiap hari.
-----Petua sihat mengenai air mineral/putih.
Bila bangun tidur, sebelum cuci muka dan berus gigi, minum air dulu. Ada kajian yang mengatakan amalan ni amat baik untuk tubuh badan. Selamat mencuba!
5. Biasakan diri sebelum membeli apa-apa makanan, check dulu kandungan makanan di pek makanan yang kat belakang tu. Pilih makanan yang kurang kandungan kalori.
6. Rajinkan juga diri anda untuk mencari maklumat yang bagus dan berguna untuk diet di internet atau majalah atau sumber-sumber media yang lain. Ni ada beberapa link yang bagus dan berguna.
klik sini, klik sini, dan klik sini juga.
7. Oh, disamping diet, kena bersenam juga. Tapi bab bersenam ni memang agak susah sikit la untuk aku (rajinkan diri anda ye). So, aku selalu cari alternatif lain dengan banyak jalan kaki, buat sit ups. Window shopping pun boleh consider sebagai exercise jugak kan. hehe :P
8. Yang ni selalu orang buat, tapi aku tak nak la buat macam ni. Orang selalu tahan makan, tak makan nasi sampai berbulan-bulan. Setiap hari makan sayur je. Tahan lapar sampai sakit sakit, pengsan, lesu. Tak bagus kot macam tu. Mungkin nanti akan kurus, tapi nanti kalau start balik makan nasi dan benda benda lain macam biasa, badan akan naik balik dengan mendadak. Ramai orang yang aku jumpa macam tu. So, aku tanak la jadi macam tu. Cara aku, kalau aku nak makan benda tu, aku makan je. Semua makanan aku amik. Tapi aku amik sikit. Sebagai nak rasa dan lepas kempunan. Okay la kan.
9. Jangan harapkan badan akan kurus dengan cepat okay. Selalunya kalau badan kurus dengan cepat tak berapa nak sihat la macam tu. Dah tahan lapar gila gila tak makan nasi sampai 3 bulan lepas tu kurus macam Jessica Alba lepas tu puas hati, lepas tu makan balik macam biasa dalam masa 3 minggu badan naik mendadak balik. Tak guna kan. Aku punya aim seminggu turun 1kg. Okay la tu kan. Sebulan turun 4kg. Kalau kita diet setahun, dah turun 48kg. Tak ke banyak tu? (boleh ke?) hehe
Kalau tinggal kat Malaysia memang senang nak diet sebab ada banyak pilihan makanan yang boleh kita pilih untuk diet. Macam aku yang duduk kat Egypt ni pilihan makanan tak banyak, asyik benda yang sama je. Boring jugak. Tapi bila aku balik Malaysia berat akan bertambah sebab mak masak sedap sedap lepas tu nak makan semua benda sebab duk kat Egypt tak dapat. Macam mana tu? hahahaha
Ni lah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi dengan semua. Aku pun sebenarnya selalu jugak main makan je semua benda. Lepas tu menyesal. Selalu langgar diet, aku bukan peng-diet (ada ke perkataan ni?) yang bagus. Tapi at least kita mencuba. :)
Kalau ada apa yang aku buat tak betul, tegur la eh. Dan kalau punya tips yang bagus share share la dengan aku jugak.Sharing is caring right? :)
Semoga kita semua dapat berat yang ideal dan punya badan yang sihat. Aja aja fighting! (^_^)v
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang cool komen:
Post a Comment