Tuesday, May 24, 2011

fashionista paling comel.



Salam all! 
Okay, kali ni aku nak cerita pasal seorang fashionista ni. Dia sangat comel okay. Comel gila sampai tahap bila kau jumpa dia kau rasa nak cium-cium nak peluk-peluk je. Dia kuat bercakap tapi kadang-kadang(erk maybe selalu) korang takan faham apa la yang minah ni cakap.  But even bila dia membebel tah hape-hape tu pun, she have point to get your attention on her dan akan buat kita tergelak-gelak je tengok minah ni. Oh FYI, she's not a blogger. But 'pantang' bila nampak laptop. 

Okay, take a look some of her gorgeous and cute pictures.



Hijabi fashion



See, so fashionista rite?


 Okay, this is look like 'mak cik kantin'



 wearing her mak su (me) hijab



 like a baby doll !


wearing her tok umi hijab


 like mak aji


 urban hijabi fashion


 erk..is this consider as hijabi's fashion??



Free hair style
means really FREE HAIR


 Minnie mouse wannabe


 princess with her pak uda


 bride fashion


wanna go to beach with me?
get my mama&papa permission first  :P



Hah, nampak? cute gila kan fashionista ni? tade fashionista lain yang lebih comel dari dia. 
What to do, instead of study for my exam I did this post. Thats just because really  miss her soooo much !

Hey little kiddo !
nanti mak su balik tak lama lagi kita jalan-jalan okay.
(^_^)v






Saturday, May 21, 2011

dapatkan rambut lebih lembut dengan pakcik Schwarzkopf



Semalam baru habis last practical exam physiology. Alhamdulillah, dapat doctor yang baik seperti seorang bapa yang penyayang. Tapi tu pun ada jugak yang tergagap nak jawab. Salah sendiri la suka sangat study last minit hah padan muka kau! Sekarang ada gap 11 hari untuk permulaan written paper yang macam killer tu. Konon konon hari ni nak berehat la sebelum start mengadap buku kan. Sempat pulak nak rehat rehat kan nanti baru tergopoh nak belajar 4 buah buku physio yang killer tu dalam masa 11 hari hebat gila la pulak kau kan  -___-"


Okay, kita lupakan exam sebentar. Ada satu benda nak promote. Untuk kebaikan bersama.

Sesiapa yang mempunyai masalah rambut yang kasar macam dawai 



atau kembang macam....


errrkkkk...??


Hah, tiada lagi kerisauan ye kawan-kawan.
Saya hadiahkan anda dengan sesuatu,
ini...


Oh apakah ini apakah ini??
ni adalah zero frizz hair serum from Schwarzkopf for your ugly hair
eh, not your ugly hair, my ugly hair actually

eh eh, kenapa tiba tiba baik hati gila nak promote
well I memang baik hati pun kan :P
lagi aku jadi baik hati nak promote sebab aku dah rasa suka gila dengan rambut aku yang semakin lembut gila dah tak macam singa gila masa zaman muda muda dulu tu kan
dah tak rimas dah untuk melepaskan rambut.
dulu asyik ikat je sampai rambut pun jadi lemas
dah la lemas, bab gugur tak payah nak cerita la kan. 


apa kebaikan zero frizz ni?

1. Membaiki masalah rambut korang aku yang rosak macam baru lepas kena letrik tu.
2. Ofkos akan melembutkan rambut yang macam dawai berkarat tu
3. Membuat rambut senang di urus
4. Mengurangkan rambut gugur
5. Tidak berminyak.
6. Membuatkan anda rasa rambut seperti artis korea. 
7. Membuatkan anda rasa seperti ingin menampar aku selepas baca point no6 diatas.

Okay la, bukan macam artis korea pun, sikit sikit lagi la nak sampai tahap artis. Kata pun dulu rambut macam dawai karat, jangan mimpi la nak rambut macam gegurls SNSD. Tapi more much better than before la (dah more, much lagi). Betul ni tak tipu punnnn.

Dan !

8. Sangat menjimatkan okay



Tengok ni tengok ni. Aku beli dulu masa bulan 10 ke bulan 11 tahun lepas. Harga LE45 = RM27. Kalau kat Malaysia tak tau la pulak berapa kan. Tapi dah nak dekat setahun baru banyak ni guna tau (rujuk anak panah merah) Jimat gila la kan. Pulak tu bukan aku sorang je tau guna, sekali dengan ahlirumahtangga semua pun join sekali. Yelah kan memang aku beli benda ni untuk pakai sama sama dengan korang kannnnn *mata ke atas tangan dibahu* :P   Haha, memang aku pun yang suruh ahli rumahtangga pakai bila aku rasa perubahan pada rambut aku (ni bukan *mata ke atas tangan dibahu* tau) Bak kata maknae rumahtangga "Sharing is caring, not annoying" (lah sangat kan :P)

Cara nak pakai?

Senang je. Lepas mandi biarkan rambut kering. Tapi agak agak sebelum nak kering atau masa rambut lembap lembap tu, letak zero frizz ni kat tapak tangan sikit, lepas tu sentuh dengan jari pada tangan yang sebelah lagi lepas tu sikat kan rambut guna jari yang ada serum tu. Ayat macam keling kan. Paham tak paham tak? senang kata jangan letak serum tu sekelompok kat rambut la. Sebab dia likat macam gel. pastikan rata kena kat seluruh rambut okay. Kalau rajin amalkan penggunaan zero frizz ni nanti korang akan nampak perubahan dia. 


Jadi apa tunggu lagi, dapatkan SCHWARZKOPF ZERO FRIZZ CORRECTIVE HAIR SERUM di pasaran sekarang !!

                                                        

p/s   pakcik Schwarzkopf, komisyen tade ke??






Sunday, May 15, 2011

selamat menyambut final exam !



starting tomorrow......



and will be last for 2 months -____-"

pretty COOL huh ?!


GOOD LUCK to 'ahli rumahtangga'
and to all my frens
and to all my fellow batch
and to all who will sit for final year exam.

semoga semua berjaya bersama
dan menjadi doktor yang berjaya dunia akhirat. 
AMIIN....

pray for us guys !!!
kamsahamida :)

Wednesday, May 11, 2011

Metabolism Diet Kurus

Metabolism adalah tindak balas kimia untuk penukaran tenaga didalam badan.

Metabolic Rate
jumlah tenaga(heat) yang hilang(digunakan) oleh tubuh badan.

Basal Metabolism Rate (BMR)
adalah jumlah tenaga(heat) yang terhasil dan yang hilang(digunakan) oleh tubuh badan ketika keadaan rehat (basal condition).

Okay tak payah pening pening, sekarang aku bukan nak ajar korang physiology, aku cuma nak bagitau kaitan antara DIET dan METABOLISM. Senangkan ayat, aku cuba nak ubah persepsi orang ramai mengenai DIET = JANGAN MAKAN! no no no, this is absolutely WRONG !! Kenapa? haa meh sini aku nak cerita sikit.

Dalam tubuh badan manusia ada tahap metabolism yang telah ditentukan. Kenapa kita makan? untuk mendapatkan tenaga atau heat. Macam mana makanan boleh jadi tenaga? dengan function of metabolism la. Secara logiknya, kenapa kita boleh gemuk? ini adalah kerana kita makan lebih banyak dari tahap metabolism kita membakar makanan tersebut (input > output). Contohnya, kalau tahap metabolism kita boleh membakar 8000 kalori sehari, tapi kita makan 16000 kalori, 8000 kalori yang selebihnya yang tidak dapat dibakar oleh metabolism akan tersimpan menjadi lemak didalam badan.

Kenapa permulaan kita diet berat badan akan turun dengan cepat? contoh kalau kadar metabolism kita sehari adalah 8000 kalori, tapi kita makan hanyalah 5000 kalori sehari, so metabolism akan bertindak dengan membakar 5000 kalori makanan + 3000 kalori (lemak) yang ada dalam badan (input < metabolism rate).

Tapi nanti akan terjadi dimana berat badan yang turun akan terhenti pada satu tahap. Kenapa? Ini kerana metabolisam telah mencapai 'set-point' dimana metabolism telah biasa(adapted) dengan jumlah kalori makanan yang diambil seharian.

Jika pada tahap ini kita mengurangkan lagi pengambilan makanan dari 5000 kalori kepada 3000 kalori sehari, ya, metabolism akan membakar 3000 kalori dari makanan + 2000 dari dalam badan. Berat akan kembali turun.

TETAPI !
Perlu di ingatkan bahawa setiap kali kita mengurangkan kalori makanan dalam diet, lama-kelamaan metabolism akan mencapai 'set-point' (adapted) dengan pengurangan kalori makanan tersebut dan secara tidak langsung ia juga mengurangkan kadar metabolism tubuh kita.

Pernah tak korang fikir kenapa orang yang gila gila punya diet yang tak makan nasi, tak makan roti, tak makan segala jenis makanan tu akan kurus dengan cepat, tapi bila diorang mula balik makan seperti biasa, berat badan akan bertambah dengan cepat. Ini sebab semasa proses diet gila diorang tu, diorang telah menurunkan kadar metabolism diorang. Sebab tu bila diorang start makan seperti biasa, 'biasa' diorang dah jadi 'luar biasa' pada metabolism tubuh diorang.

Okay, macam mana kita tanak mengurangkan kadar metabolism dalam badan kita, tetapi kita nak bakar kalori yang tersimpan? BERSENAM. 


Dengan bersenam kita akan membakar banyak kalori sebab kita menggunakan tenaga. Cara terbaik untuk diet pada aku adalah dengan memakan jumlah kalori yang sama dengan aktiviti harian, dan bersenam untuk membakar lemak yang tersedia simpan dalam badan. So tak payah la kita nak tahan tahan lapar sebabnya nanti akan lebih mengurangkan kadar metabolism dan buat kurang tenaga je.

kalori makan = kalori aktiviti seharian
bersenam       = bakar lemak(kalori) tersimpan dalam badan


Sebab tu la semua pakar diet dan doktor menyarankan diet terbagus adalah dengan menjaga pemakanan + bersenam. 




Energy balance
Dan bila korang dah kurus/untuk mereka yang sudah tersedia ada berat ideal, korang cuma perlu maintainkan berat dengan memakan jumlah kalori yang sama dengan jumlah kalori yang akan digunakan (input = output = constant body weight). Ini lah yang dipanggil energy balance.



Haritu masa dalam kelas doktor aku ada cakap, nak diet bukan berdasarkan jenis dan kuantiti makanan semata-mata, tetapi jumlah kalori yang diambil dan digunakan. Lebih kurang macam tu la bunyi dia. Sebab tu kadang-kadang kita nampak ada orang ni makan banyak gila, tapi tak gemuk gemuk pun. Itu sebab diorang aktif dan kalori yang ada dibakar dengan bagus. So, aktifkan la diri anda ye :)


Okay, ni sahaja serba sedikit yang aku dapat share. Ni pun sebab baru lepas belajar pasal metabolism dengan doktor sebelum nak exam. Exam minggu depan, silibus tak habis lagi. -____-"







Kpop 24:7 atau nama baru max247 dah keluar single weyh!

Pesanan penting !!!
Sila sediakan baldi sebelum tengok.








Okay, muntah cepat! ke dah penuh baldi korang? Hahaha. Sumpah lawak weyh. Kata nak buat ala-ala Kpop, yang pergi buat lagu ala-ala Rebecca Black tu apasal. Rebecca Black bukan orang korea ye kawan kawan. Salah paham ni.

Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad.
Lagi hebat dari Rebecca Black ni. Btw, sembahyang jumaat pergi tak bang? :)


Adoi, geli mak tengok nyah! Bukan nak kutuk ke apa, nak dance macam artis korea bukan senang weyh. Group korea practise before debut bertahun-tahun. Ada yang dari kecik dilatih oleh syarikat rakaman, dah besaq baru buat debut. Ni baru bape bulan practise dah debut, macam mana nak jadi macam korea. Ibarat impian jatuh ke dalam gaung dan dihanyutkan sungai sampai ke laut lalu dimakan ikan jaws sehingga menyebabkan ikan jaws mati lepas tu terdampar tepi pantai dan dimakan burung gagak dan tiba tiba gagak pun mati. Okay hiperbola  -___-"

Ni buat show ke buat senamrobik bang? ada yang menari over, ada yang macam nak tanak menari. Ada jugak yang bajet macho. Macho ke macha??? Haaaa itu yang kita tak tau tu ye.

Keindahan sangat la pop yang korang bawak tuuuu.

Apa-apa pun, abang-abang macho sekalian nak SAIN !! *tangan dibahu mata ke atas*

Wednesday, May 4, 2011

Tae-Ho made this world is a place for him

Okay, sumpah this kid made me like WOWWWW! and then tskk..tskk..tskk (okay ni bunyi tangis yang terharu ye T.T ) then he made me laugh! He is awesome kid which means a truly AWESOME okay! Just watch this video and you all tau la apa yang aku maksudkan.




He's such an inspiration.



Jangan terkejut. Siap ada girlfriend lagi. Dah la awek cute gila. Baik pulak tu.  


Nah aku kasi banyak lagi video dia. Tapi yang ni tade subtitle la.





Beruntung kan Tae-ho, dikelilingi orang yang baik-baik, understanding, dan terima dia seadanya. Gerenti orang yang abandoned dia akan menyesal gila satu hari nanti. 

He's so inspired me! May have a good and happy life during your growth until you older and have your own wonderful family Tae-ho. Aja aja fighting! (^_^)v

So guys, live your life okay! 





Sunday, May 1, 2011

Diet

Nak diet? bukan mudah, tanpa semangat untuk membunuh nafsu makan memang la sangat susah. Lagi lagi untuk orang macam aku yang memang suka makan. Tapi lebih baik mencuba dari langsung tak cuba kan? Same goes to me. Aku sekarang tengah on diet. Susah, tapi at least aku cuba. Banyak kali jugak langgar peraturan diet (yang aku buat sendiri). Bukan senang ye nak kurus. Dan aku pun bukan mengharap aku akan kurus dan punya body macam Jessica Alba. Agak mustahil la kan. Dapat mencapai tahap yang boleh puaskan hati aku pun okay lah (tah bila bila la tu kan)

So, apa yang kita perlu buat untuk mulakan diet?

1. First of all, tulis dekat kertas besar besar contohnya I AM ON DIET, then tampal la kat dinding bilik anda. Ini sebagai peringatan kepada diri anda yang sedang berdiet.

2. Cari sesuatu perkara/benda yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi. Macam aku, aku suka fesyen dan baju. So aku akan selalu tengok fashionista fashionista yang cun cun. Then aku akan jadi jeles sebab aku susah nak pakai baju cantik cantik sebab semua size kecik kecik. So aku akan berazam nak kurus supaya aku dapat pakai macam diorang. Tu cara aku la. :)

3. Cuba try buat satu jadual makan yang sesuai dengan aktiviti harian anda. Macam aku contohnya aku akan makan nasi as a breakfast. Aku memang tak boleh tak makan nasi sampai berbulan-bulan. Gila apa. Orang melayu nasi mana boleh tinggal kan. So aku akan makan 1/2 mangkuk nasi (macam  mangkuk nasi orang cina tu) setiap pagi.

-----Kenapa nasi sebagai breakfast?
Sebagai seorang pelajar, aku jarang bergerak. Hanya duduk, dengar lecture yang berjam-jam tu. Pergerakan aku adalah jalan kaki pergi dan balik dari universiti. So aku pilih nasi sebagai breakfast sebab aku fikir, kalau aku makan pagi, carbohydrate yang aku makan tu akan digunakan ketika perjalanan aku pergi dan balik dari uni. Kalau aku makan nasi tengah hari, aku hanya akan guna carbo tu time perjalanan balik je. Tak tau la apa yang aku fikir ni betul ke tak, tapi aku pernah dengar dalam tv breakfast perlukan sesuatu yang berat sebagai tenaga untuk kita bekerja.

 Tengah hari pulak kalau lapar aku minum jus pisang+susu atau makan biskut yang kurang kandungan carbo dan kalori atau makan buah epal.
Makan malam pulak aku hanya makan lauk je. Kalau teringin sangat nak makan lauk-lauk tu dengan nasi aku akan amik 1-2 sudu nasi just sebagai merasa lebih kurang macam tu la.

4. Okay, yang ni penting. Banyak kan minum air mineral/putih. Seperti yang anda semua tahu, air mineral punya banyak khasiat. Air mineral bagus dalam membantu mengurangkan berat badan dan mencegah banyak penyakit. Kita disaran minum 5 liter air setiap hari.Secara jujurnya aku bukan jenis yang suka minum air mineral. Dulu aku boleh tak minum air putih/mineral dalam jangka masa yang panjang, seminggu, dan kadang kadang hampir sebulan! Asal nak minum aku akan pilih air manis. Tapi alhamdulillah sejak kebelakangan ni aku mencuba dan berusaha agar aku akan minum air mineral setiap hari.

-----Petua sihat mengenai air mineral/putih.
Bila bangun tidur, sebelum cuci muka dan berus gigi, minum air dulu. Ada kajian yang mengatakan amalan ni amat baik untuk tubuh badan. Selamat mencuba!

5. Biasakan diri sebelum membeli apa-apa makanan, check dulu kandungan makanan di pek makanan yang kat belakang tu. Pilih makanan yang kurang kandungan kalori.

6. Rajinkan juga diri anda untuk mencari maklumat yang bagus dan berguna untuk diet di internet atau majalah atau sumber-sumber media yang lain. Ni ada beberapa link yang bagus dan berguna.
klik siniklik sini, dan klik sini juga.

7. Oh, disamping diet, kena bersenam juga. Tapi bab bersenam ni memang agak susah sikit la untuk aku (rajinkan diri anda ye). So, aku selalu cari alternatif lain dengan banyak jalan kaki, buat sit ups. Window shopping pun boleh consider sebagai exercise jugak kan. hehe :P

8. Yang ni selalu orang buat, tapi aku tak nak la buat macam ni. Orang selalu tahan makan, tak makan nasi sampai berbulan-bulan. Setiap hari makan sayur je. Tahan lapar sampai sakit sakit, pengsan, lesu. Tak bagus kot macam tu. Mungkin nanti akan kurus, tapi nanti kalau start balik makan nasi dan benda benda lain macam biasa, badan akan naik balik dengan mendadak. Ramai orang yang aku jumpa macam tu. So, aku tanak la jadi macam tu. Cara aku, kalau aku nak makan benda tu, aku makan je. Semua makanan aku amik. Tapi aku amik sikit. Sebagai nak rasa dan lepas kempunan. Okay la kan.

9. Jangan harapkan badan akan kurus dengan cepat okay. Selalunya kalau badan kurus dengan cepat tak berapa nak sihat la macam tu. Dah tahan lapar gila gila tak makan nasi sampai 3 bulan lepas tu kurus macam Jessica Alba lepas tu puas hati, lepas tu makan balik macam biasa dalam masa 3 minggu badan naik mendadak balik. Tak guna kan. Aku punya aim seminggu turun 1kg. Okay la tu kan. Sebulan turun 4kg. Kalau kita diet setahun, dah turun 48kg. Tak ke banyak tu? (boleh ke?) hehe

Kalau tinggal kat Malaysia memang senang nak diet sebab ada banyak pilihan makanan yang boleh kita pilih untuk diet. Macam aku yang duduk kat Egypt ni pilihan makanan tak banyak, asyik benda yang sama je. Boring jugak. Tapi bila aku balik Malaysia berat akan bertambah sebab mak masak sedap sedap lepas tu nak makan semua benda sebab duk kat Egypt tak dapat. Macam mana tu? hahahaha

Ni lah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi dengan semua. Aku pun sebenarnya selalu jugak main makan je semua benda. Lepas tu menyesal. Selalu langgar diet, aku bukan peng-diet (ada ke perkataan ni?) yang bagus. Tapi at least kita mencuba. :)

Kalau ada apa yang aku buat tak betul, tegur la eh. Dan kalau punya tips yang bagus share share la dengan aku jugak.Sharing is caring right? :)

Semoga kita semua dapat berat yang ideal dan punya badan yang sihat. Aja aja fighting! (^_^)v
 

Blog Template by YummyLolly.com