Wednesday, May 11, 2011

Metabolism Diet Kurus

Metabolism adalah tindak balas kimia untuk penukaran tenaga didalam badan.

Metabolic Rate
jumlah tenaga(heat) yang hilang(digunakan) oleh tubuh badan.

Basal Metabolism Rate (BMR)
adalah jumlah tenaga(heat) yang terhasil dan yang hilang(digunakan) oleh tubuh badan ketika keadaan rehat (basal condition).

Okay tak payah pening pening, sekarang aku bukan nak ajar korang physiology, aku cuma nak bagitau kaitan antara DIET dan METABOLISM. Senangkan ayat, aku cuba nak ubah persepsi orang ramai mengenai DIET = JANGAN MAKAN! no no no, this is absolutely WRONG !! Kenapa? haa meh sini aku nak cerita sikit.

Dalam tubuh badan manusia ada tahap metabolism yang telah ditentukan. Kenapa kita makan? untuk mendapatkan tenaga atau heat. Macam mana makanan boleh jadi tenaga? dengan function of metabolism la. Secara logiknya, kenapa kita boleh gemuk? ini adalah kerana kita makan lebih banyak dari tahap metabolism kita membakar makanan tersebut (input > output). Contohnya, kalau tahap metabolism kita boleh membakar 8000 kalori sehari, tapi kita makan 16000 kalori, 8000 kalori yang selebihnya yang tidak dapat dibakar oleh metabolism akan tersimpan menjadi lemak didalam badan.

Kenapa permulaan kita diet berat badan akan turun dengan cepat? contoh kalau kadar metabolism kita sehari adalah 8000 kalori, tapi kita makan hanyalah 5000 kalori sehari, so metabolism akan bertindak dengan membakar 5000 kalori makanan + 3000 kalori (lemak) yang ada dalam badan (input < metabolism rate).

Tapi nanti akan terjadi dimana berat badan yang turun akan terhenti pada satu tahap. Kenapa? Ini kerana metabolisam telah mencapai 'set-point' dimana metabolism telah biasa(adapted) dengan jumlah kalori makanan yang diambil seharian.

Jika pada tahap ini kita mengurangkan lagi pengambilan makanan dari 5000 kalori kepada 3000 kalori sehari, ya, metabolism akan membakar 3000 kalori dari makanan + 2000 dari dalam badan. Berat akan kembali turun.

TETAPI !
Perlu di ingatkan bahawa setiap kali kita mengurangkan kalori makanan dalam diet, lama-kelamaan metabolism akan mencapai 'set-point' (adapted) dengan pengurangan kalori makanan tersebut dan secara tidak langsung ia juga mengurangkan kadar metabolism tubuh kita.

Pernah tak korang fikir kenapa orang yang gila gila punya diet yang tak makan nasi, tak makan roti, tak makan segala jenis makanan tu akan kurus dengan cepat, tapi bila diorang mula balik makan seperti biasa, berat badan akan bertambah dengan cepat. Ini sebab semasa proses diet gila diorang tu, diorang telah menurunkan kadar metabolism diorang. Sebab tu bila diorang start makan seperti biasa, 'biasa' diorang dah jadi 'luar biasa' pada metabolism tubuh diorang.

Okay, macam mana kita tanak mengurangkan kadar metabolism dalam badan kita, tetapi kita nak bakar kalori yang tersimpan? BERSENAM. 


Dengan bersenam kita akan membakar banyak kalori sebab kita menggunakan tenaga. Cara terbaik untuk diet pada aku adalah dengan memakan jumlah kalori yang sama dengan aktiviti harian, dan bersenam untuk membakar lemak yang tersedia simpan dalam badan. So tak payah la kita nak tahan tahan lapar sebabnya nanti akan lebih mengurangkan kadar metabolism dan buat kurang tenaga je.

kalori makan = kalori aktiviti seharian
bersenam       = bakar lemak(kalori) tersimpan dalam badan


Sebab tu la semua pakar diet dan doktor menyarankan diet terbagus adalah dengan menjaga pemakanan + bersenam. 




Energy balance
Dan bila korang dah kurus/untuk mereka yang sudah tersedia ada berat ideal, korang cuma perlu maintainkan berat dengan memakan jumlah kalori yang sama dengan jumlah kalori yang akan digunakan (input = output = constant body weight). Ini lah yang dipanggil energy balance.



Haritu masa dalam kelas doktor aku ada cakap, nak diet bukan berdasarkan jenis dan kuantiti makanan semata-mata, tetapi jumlah kalori yang diambil dan digunakan. Lebih kurang macam tu la bunyi dia. Sebab tu kadang-kadang kita nampak ada orang ni makan banyak gila, tapi tak gemuk gemuk pun. Itu sebab diorang aktif dan kalori yang ada dibakar dengan bagus. So, aktifkan la diri anda ye :)


Okay, ni sahaja serba sedikit yang aku dapat share. Ni pun sebab baru lepas belajar pasal metabolism dengan doktor sebelum nak exam. Exam minggu depan, silibus tak habis lagi. -____-"







2 orang cool komen:

Natasha MDG said...

oh. baru faham. what's important is exercise kan. hehe. i'm trying to lose my weight sbb my bmi is almost to 25.

anyway thanks & good luck! : D

ninie said...

yup yup. sekarang ni pun saya tengah berusaha untuk exercise setiap hari. hehe. gud luck to you too and tQ :)

 

Blog Template by YummyLolly.com