Saturday, May 21, 2011

dapatkan rambut lebih lembut dengan pakcik Schwarzkopf



Semalam baru habis last practical exam physiology. Alhamdulillah, dapat doctor yang baik seperti seorang bapa yang penyayang. Tapi tu pun ada jugak yang tergagap nak jawab. Salah sendiri la suka sangat study last minit hah padan muka kau! Sekarang ada gap 11 hari untuk permulaan written paper yang macam killer tu. Konon konon hari ni nak berehat la sebelum start mengadap buku kan. Sempat pulak nak rehat rehat kan nanti baru tergopoh nak belajar 4 buah buku physio yang killer tu dalam masa 11 hari hebat gila la pulak kau kan  -___-"


Okay, kita lupakan exam sebentar. Ada satu benda nak promote. Untuk kebaikan bersama.

Sesiapa yang mempunyai masalah rambut yang kasar macam dawai 



atau kembang macam....


errrkkkk...??


Hah, tiada lagi kerisauan ye kawan-kawan.
Saya hadiahkan anda dengan sesuatu,
ini...


Oh apakah ini apakah ini??
ni adalah zero frizz hair serum from Schwarzkopf for your ugly hair
eh, not your ugly hair, my ugly hair actually

eh eh, kenapa tiba tiba baik hati gila nak promote
well I memang baik hati pun kan :P
lagi aku jadi baik hati nak promote sebab aku dah rasa suka gila dengan rambut aku yang semakin lembut gila dah tak macam singa gila masa zaman muda muda dulu tu kan
dah tak rimas dah untuk melepaskan rambut.
dulu asyik ikat je sampai rambut pun jadi lemas
dah la lemas, bab gugur tak payah nak cerita la kan. 


apa kebaikan zero frizz ni?

1. Membaiki masalah rambut korang aku yang rosak macam baru lepas kena letrik tu.
2. Ofkos akan melembutkan rambut yang macam dawai berkarat tu
3. Membuat rambut senang di urus
4. Mengurangkan rambut gugur
5. Tidak berminyak.
6. Membuatkan anda rasa rambut seperti artis korea. 
7. Membuatkan anda rasa seperti ingin menampar aku selepas baca point no6 diatas.

Okay la, bukan macam artis korea pun, sikit sikit lagi la nak sampai tahap artis. Kata pun dulu rambut macam dawai karat, jangan mimpi la nak rambut macam gegurls SNSD. Tapi more much better than before la (dah more, much lagi). Betul ni tak tipu punnnn.

Dan !

8. Sangat menjimatkan okay



Tengok ni tengok ni. Aku beli dulu masa bulan 10 ke bulan 11 tahun lepas. Harga LE45 = RM27. Kalau kat Malaysia tak tau la pulak berapa kan. Tapi dah nak dekat setahun baru banyak ni guna tau (rujuk anak panah merah) Jimat gila la kan. Pulak tu bukan aku sorang je tau guna, sekali dengan ahlirumahtangga semua pun join sekali. Yelah kan memang aku beli benda ni untuk pakai sama sama dengan korang kannnnn *mata ke atas tangan dibahu* :P   Haha, memang aku pun yang suruh ahli rumahtangga pakai bila aku rasa perubahan pada rambut aku (ni bukan *mata ke atas tangan dibahu* tau) Bak kata maknae rumahtangga "Sharing is caring, not annoying" (lah sangat kan :P)

Cara nak pakai?

Senang je. Lepas mandi biarkan rambut kering. Tapi agak agak sebelum nak kering atau masa rambut lembap lembap tu, letak zero frizz ni kat tapak tangan sikit, lepas tu sentuh dengan jari pada tangan yang sebelah lagi lepas tu sikat kan rambut guna jari yang ada serum tu. Ayat macam keling kan. Paham tak paham tak? senang kata jangan letak serum tu sekelompok kat rambut la. Sebab dia likat macam gel. pastikan rata kena kat seluruh rambut okay. Kalau rajin amalkan penggunaan zero frizz ni nanti korang akan nampak perubahan dia. 


Jadi apa tunggu lagi, dapatkan SCHWARZKOPF ZERO FRIZZ CORRECTIVE HAIR SERUM di pasaran sekarang !!

                                                        

p/s   pakcik Schwarzkopf, komisyen tade ke??






0 orang cool komen:

 

Blog Template by YummyLolly.com