MASA KECIK-KECIK
tetibe teringat pulak zaman masa kanak-kanak riang dulu.aku memang seorang yang agak nakal.aku suka main.dan aku tak suka belajar
*perkara biasa sehingga kini
dan yang paling tak boleh blah ape yang aku nak mesti aku kene dapat.tak kire la walau ape pon terjadi.kalau tak dapat mesti aku akan menangis meraung.lepas tu baring bawah meja sambil menangis
*tanda protes
sampai la mak dengan abah rasa kesian/
annoying kat aku.then diorang akan kasi jela ape yang aku nak.hehe best kan kan...(^_^)v
tapi aku pernah jugak kene marah.terutama sekali dengan mak.mak mase dulu garang sikit.bile aku kene marah je nanti mesti aku masuk bilik lepas tu menangis belakang pintu.lepas tu mula la aku pikir yang bukan-bukan.
contohnya:
1. aku ni sebenarnya adalah anak angkat je.sebab tu aku kene marah.lepas tu aku pergi cari mak bapak kandung aku.aku tinggal ngan diorang.lepas tu baru family aku sedih ngan rase kehilangan aku.
2. tak pun aku akan berangan tiba-tiba aku dapat tau yang aku ade sakit leukemia
*aku pun tak tau kenapa mesti leukemia.sume family aku tak tau penyakit aku tu.aku menderita sorang-sorang.lepas tu bile sakit aku dah teruk dan sampai tahap terakhir sume family aku sedih ngan menyesal sebab marah kat aku.HAHA
chooyyyyy.fantasi budak-budak.lagi-lagi aku yang memang kuat berangan.
abah pulak mase dulu tak garang.sebab tu mase dulu aku selalu berkepit dengan abah.sampai abang ngan kakak bagi aku gelaran
AMAS(anak manja abah sorang) paling aku suka berkepit ngan abah time jalan-jalan.nanti mesti aku ngan abah jalan sama-sama berpimpin tangan.dan kitorang akan tinggalkan orang lain kat belakang.aku suka ikut abah sebab nanti apa yang aku nak mesti aku akan dapat.kalau aku jalan ngan mak mesti banyak bende yang aku mintak tak boleh.sebab tu abah menjadi pilihan utama aku.HEHE
ZAMAN REMAJA
awal remaja:
mase ni aku agak liar sikit.bukan jahat.tapi nakal terlebih sikit.aku selalu balik rumah lewat malam.mase tu umur aku baru 12 tahun.dan disebabkan tu abah amik keputusan masukkan aku dalam asrama.
pertengahan remaja:
aku dalam asrama.tapi aku nakal.terutama masa form3.ponteng sekolah.ponteng prep.tak turun sembahyang jemaah.'fly'.gaduh dengan budak kelas sebelah.protes+mogok.tu sume kerja aku la tuh.dan akhirnya nama aku kene blacklist masuk asrama tuk tahun seterusnya.YEAYYY!!! itulah yang aku mahu!
tapi abah tak putus asa.bila form4 abah berusaha cari sekolah yang ada asrama tuk aku.akhirnya masuk lah aku kat sekolah teknik.aku panggil sekolah rempit.sebab agak ramai budak rempit.dan kalau da masuk teknik ni tau2 jela macam mane an.tak perlu nak cerita lagi kot.
kalau mase ni bab berangan aku mestilah pasal couple-couple.kan best kalau dapat balak sweet macam tu.kan best kalau dapat pakwe kacak macam ni.bla bla bla...~~~~
masa time ni pulak aku lebih banyak bercerita dengan mak.mak dah tak garang macam dulu lagi.mungkin sebab anak-anak sume dah besar.abah pulak yang jadi lebih tegas.bak kata orang jaga kambing sekandang lagi senang dari jaga anak perempuan seorang.betul la tuh.abah sampai pernah mengeluarkan statement
'antara semua anak perempuan abah kau la yang paling susah nak jaga'
dan statement aku pulak
'sebab ninie remaja kat zaman moden.bukan macam kakak-kakak yang lain'
bagus kan aku kan kan... :P
akhir remaja:
haaa yang ni masa sekarang ni lah.aku dah boleh fikir mana yang baik mana yang buruk.tapi kalau buat perkara yang nakal-nakal tu biasa la kan.tapi sekurang-kurangnya aku dah boleh fikir perkara apa yang boleh menjatuhkan maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.cewaaahhh
*bab belajar still lagi kurang berfikir
sekarang ni mak dengan abah sama rata buat aku.kalau bersembang aku banyak dengan mak.kalau nasihat abah lebih banyak.kalau pergi jalan-jalan pun aku akan jalan ngan dua-dua sekali.apa-apa hal pun mereka tetap dalam pikiran dan hati aku.
dan kalau bab berangan aku lebih suke berangan pasal kawen.aku nak laki aku nanti comel+sweet+ego macam Rain dalam cerita 'Full House'.aku nak laki aku kacak+cool+sweet macam Adam dalam cerita 'Adamaya'.sume cerita-cerita ni percintaan selepas kawen.sebab tu la nanti aku nak suruh abah je yang cari laki untuk aku.HEHE
tapi hakikat sebenar aku nak laki yang tau pasal agama dan sweet dan sedap mata memandang dan bertanggungjawab. ^^,
ZAMAN DEWASA
masih belum melalui....
*entry kali ni terpanjang lebih pulak.semoga bahagia selalu!
aja aja fighting!! (^_^)v