Sejak kebelakangan ni aku asyik tercirit je.malam-malam sampai 3 kali pergi tandas.belum kira siang-siang lagi tu.bape kali aku pergi tandas takde pulak aku kira.Diarrhea yang teramat sangat.tapi tajuk post kali ni takde kena-mengena dengan cerita diarrhea aku.sebab sekarang zaman moden.kalau aku nak berak tak perlu susah-susah nak korek lubang lagi.mangkuk tandas sudah tersedia ada.
Aku nak cerita betapa kelam dan kabut-nya aku sekarang nih.tulat dah nak start gerak untuk balik.besok baru nak terhegeh-hegeh pergi mencari jubah kat Mansuro.tadi pergi Cairo pergi cop result yang berkurun lama aku tunggu baru keluar akhirnya.Alhamdulillah semua subjek lulus.tak perlu aku repeat paper dan delay kepulangan aku.Syukur.barang aku tak kemas pun lagi.nak kena kemas rumah lagi.coklat tak beli lagi.broadband tak bayar lagi.duit rumah lagi.duit tremco lagi.tapi duit aku dah takde.ponin palo den hah.migrain migrain.okay tipu sebab aku tak pernah ada penyakit migrain.
Walau macam mana pun,hari rabu nanti cuaca di Malaysia pasti sangat redup dan nyaman kerana kaki aku menjejak di tanah tumpah darahku rakyat hidup bersatu dan maju.rindu pulak nak nyanyi lagu Negaraku.dulu masa kat sekolah cikgu suruh nyanyi malas nak bukak mulut.sekarang baru reti nak rasa rindu.betul la orang kata,masa ada kat depan mata tak nampak,bila dah hilang baru nak rindu.haha
Perkara pertama yang aku nak buat bila sampai mesti la nak peluk cium mak abah.pasti.lepas tu nak jejak kaki ke rumah baru yang tak berapa nak baru sebab tak pernah tengok lagi rumah tu.lepas tu nak MAKAN! nanti sebelum balik nak mintak request mak masak ketam masak lemak cili api letak nenas.haha.aku sampai pun tengah hari.memang waktu yang sangat sesuai untuk makan.gila tak sabar! makanan lain yang paling-paling aku teringin nak makan yang bukan mak masak adalah yong tau fu.kena tunggu hari jumaat nanti pergi pasar malam Putrajaya yang sangat aku rindu.oyeehhhhh tak sabar sungguh rasa hati.
WAIT FOR ME!
Friday, July 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang cool komen:
Post a Comment