Friday, November 11, 2011

Rendang Cili Api

Keinginan untuk menulis resepi rendang ini adalah kerana masakan rendang yang dibuat semasa Aidiladha tempoh hari menjadi. yeay! lagi sikit je nak rasa macam mak masak. yeay! Saya memang hebat. yeay! (kasi penampo sikit)

Rendang cili api ini adalah resepi yang diminta khas dari bonda tercinta a.k.a mak cun saya. Apakah rahsia kejayaan mak cun dapat masak makanan yang sedap sedap sehingga mendapat anak yang sihat-sihat belaka? Jika ditanya, jawapan ringkas diberi, "campak-campak je masa masak tu". okay sangat hebat  -____-"



Okay, let's main masak-masak!

bahan-bahan:
1. cili api
2. lengkuas
3. halia
( kesemuanya dikisar atau ditumbuk)

4. bawang merah
5. bawang putih
(dikisar)

6. serai (potong lebih kurang panjang jari kelingking ke, ibu jari ke)
7. daun limau purut (potong macam nak buat bunga rampai)
8. kerisik

* disebabkan saya duduk di negara yang orang tidak mengenali kerisik, so terpaksa buat kerisik sendiri. macam mana? goreng kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga garing (sampai warna macam coklat emas). lepas tu tumbuk kelapa garing tadi sampai lumat sampai minyak dia keluar. Tadaaaa, jadi la kerisik.

9. santan
10. sedikit asam keping
11. garam
12. and ofkos, ayam atau daging.

cara memasak:
  1. Letak kuali atas api, masukkan ayam atau daging.
  2. Masukkan santan, air dan bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar tadi.
  3. Letak serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  4. Biar sampai mendidih dan ayam/daging separuh masak.
  5. Masukkan kerisik, serai, asam keping dan daun limau purut.
  6. Kacau dan biar masak dengan api sederhana kecik.
  7. Kacau kadang-kadang untuk memastikan tidak hangit, biar sampai jadi rupa rendang. hehe
  8. Tadaaaa!!! Sedia dihidang bersama ketupat dan nasi impit. Makan dengan nasi pun sodap!

sumber: google.
sebab saya lupa nak amik gambar rendang!  T.T
ni rupa yang paling seakan-akan. 


*P/S
        ahh, kenapa tade tulis berapa biji bawang, berapa banyak kunyit, berapa banyak santan, dan berapa banyak nak guna kejadah bahan-bahan tersebut?
        kan dah kata, resepi nak masak sedap macam mana? CAMPAK-CAMPAK je. So, semuanya mengikut ukuran deria rasa dan naluri anda. Mak cun memang tak pernah bagitau ukuran bahan-bahan untuk masak. Bila tanya banyak mana nak guna, mak mesti cakap "agak-agak jela". Agak-agak ade yang terkurang tambah lagi. Tiada sebarang masalah ataupun larangan. Senang kan kan.

dan satu lagi mak cakap, nak sedap guna bahan semula jadi yakni, lesung batu is better than blender. so saya prefer guna lesung batu untuk menumbuk segala bahan yang perlu ditumbuk. dan, guna lesung batu yang ada sisa-sisa bahan tumbuk tadi untuk tambah air ke dalam masakan. lebih sedap katanya. tak tau la itu hanya psikologi ke apa, tapi tak salah kan guna tips orang tua-tua.

Last but not least,


SALAM AIDILADHA 
dari saya untuk semua umat islam di dunia.
peace yawww  (^^)v





Thursday, October 13, 2011

GILA, nak nangis laju laju

gilaaaaaaaa lama tak update ini belog.
dah jadi sarang kelawar macam kat rumah perempuan sihir yang dalam cerita fairy tale.

banyak perkara yang berlaku lepas habis exam.
balik Malaysia,
puasa,
raya yang paling hampeh dalam sejarah,
berlalunya syawal,

semua ada cerita yang tak mampu untuk dicerita.
yang pasti bila ada kat Malaysia memang malas semalas-malasnya untuk update.

this sunday i'll fly back to negara E.
malas gilaaaaaaaaaaaaa.
banyak benda yang tak dapat ditunaikan lagi  T.T



MAK, TAK NAK BALIK!!!
*nangis laju laju*



Tuesday, May 24, 2011

fashionista paling comel.



Salam all! 
Okay, kali ni aku nak cerita pasal seorang fashionista ni. Dia sangat comel okay. Comel gila sampai tahap bila kau jumpa dia kau rasa nak cium-cium nak peluk-peluk je. Dia kuat bercakap tapi kadang-kadang(erk maybe selalu) korang takan faham apa la yang minah ni cakap.  But even bila dia membebel tah hape-hape tu pun, she have point to get your attention on her dan akan buat kita tergelak-gelak je tengok minah ni. Oh FYI, she's not a blogger. But 'pantang' bila nampak laptop. 

Okay, take a look some of her gorgeous and cute pictures.



Hijabi fashion



See, so fashionista rite?


 Okay, this is look like 'mak cik kantin'



 wearing her mak su (me) hijab



 like a baby doll !


wearing her tok umi hijab


 like mak aji


 urban hijabi fashion


 erk..is this consider as hijabi's fashion??



Free hair style
means really FREE HAIR


 Minnie mouse wannabe


 princess with her pak uda


 bride fashion


wanna go to beach with me?
get my mama&papa permission first  :P



Hah, nampak? cute gila kan fashionista ni? tade fashionista lain yang lebih comel dari dia. 
What to do, instead of study for my exam I did this post. Thats just because really  miss her soooo much !

Hey little kiddo !
nanti mak su balik tak lama lagi kita jalan-jalan okay.
(^_^)v






Saturday, May 21, 2011

dapatkan rambut lebih lembut dengan pakcik Schwarzkopf



Semalam baru habis last practical exam physiology. Alhamdulillah, dapat doctor yang baik seperti seorang bapa yang penyayang. Tapi tu pun ada jugak yang tergagap nak jawab. Salah sendiri la suka sangat study last minit hah padan muka kau! Sekarang ada gap 11 hari untuk permulaan written paper yang macam killer tu. Konon konon hari ni nak berehat la sebelum start mengadap buku kan. Sempat pulak nak rehat rehat kan nanti baru tergopoh nak belajar 4 buah buku physio yang killer tu dalam masa 11 hari hebat gila la pulak kau kan  -___-"


Okay, kita lupakan exam sebentar. Ada satu benda nak promote. Untuk kebaikan bersama.

Sesiapa yang mempunyai masalah rambut yang kasar macam dawai 



atau kembang macam....


errrkkkk...??


Hah, tiada lagi kerisauan ye kawan-kawan.
Saya hadiahkan anda dengan sesuatu,
ini...


Oh apakah ini apakah ini??
ni adalah zero frizz hair serum from Schwarzkopf for your ugly hair
eh, not your ugly hair, my ugly hair actually

eh eh, kenapa tiba tiba baik hati gila nak promote
well I memang baik hati pun kan :P
lagi aku jadi baik hati nak promote sebab aku dah rasa suka gila dengan rambut aku yang semakin lembut gila dah tak macam singa gila masa zaman muda muda dulu tu kan
dah tak rimas dah untuk melepaskan rambut.
dulu asyik ikat je sampai rambut pun jadi lemas
dah la lemas, bab gugur tak payah nak cerita la kan. 


apa kebaikan zero frizz ni?

1. Membaiki masalah rambut korang aku yang rosak macam baru lepas kena letrik tu.
2. Ofkos akan melembutkan rambut yang macam dawai berkarat tu
3. Membuat rambut senang di urus
4. Mengurangkan rambut gugur
5. Tidak berminyak.
6. Membuatkan anda rasa rambut seperti artis korea. 
7. Membuatkan anda rasa seperti ingin menampar aku selepas baca point no6 diatas.

Okay la, bukan macam artis korea pun, sikit sikit lagi la nak sampai tahap artis. Kata pun dulu rambut macam dawai karat, jangan mimpi la nak rambut macam gegurls SNSD. Tapi more much better than before la (dah more, much lagi). Betul ni tak tipu punnnn.

Dan !

8. Sangat menjimatkan okay



Tengok ni tengok ni. Aku beli dulu masa bulan 10 ke bulan 11 tahun lepas. Harga LE45 = RM27. Kalau kat Malaysia tak tau la pulak berapa kan. Tapi dah nak dekat setahun baru banyak ni guna tau (rujuk anak panah merah) Jimat gila la kan. Pulak tu bukan aku sorang je tau guna, sekali dengan ahlirumahtangga semua pun join sekali. Yelah kan memang aku beli benda ni untuk pakai sama sama dengan korang kannnnn *mata ke atas tangan dibahu* :P   Haha, memang aku pun yang suruh ahli rumahtangga pakai bila aku rasa perubahan pada rambut aku (ni bukan *mata ke atas tangan dibahu* tau) Bak kata maknae rumahtangga "Sharing is caring, not annoying" (lah sangat kan :P)

Cara nak pakai?

Senang je. Lepas mandi biarkan rambut kering. Tapi agak agak sebelum nak kering atau masa rambut lembap lembap tu, letak zero frizz ni kat tapak tangan sikit, lepas tu sentuh dengan jari pada tangan yang sebelah lagi lepas tu sikat kan rambut guna jari yang ada serum tu. Ayat macam keling kan. Paham tak paham tak? senang kata jangan letak serum tu sekelompok kat rambut la. Sebab dia likat macam gel. pastikan rata kena kat seluruh rambut okay. Kalau rajin amalkan penggunaan zero frizz ni nanti korang akan nampak perubahan dia. 


Jadi apa tunggu lagi, dapatkan SCHWARZKOPF ZERO FRIZZ CORRECTIVE HAIR SERUM di pasaran sekarang !!

                                                        

p/s   pakcik Schwarzkopf, komisyen tade ke??






Sunday, May 15, 2011

selamat menyambut final exam !



starting tomorrow......



and will be last for 2 months -____-"

pretty COOL huh ?!


GOOD LUCK to 'ahli rumahtangga'
and to all my frens
and to all my fellow batch
and to all who will sit for final year exam.

semoga semua berjaya bersama
dan menjadi doktor yang berjaya dunia akhirat. 
AMIIN....

pray for us guys !!!
kamsahamida :)

Wednesday, May 11, 2011

Metabolism Diet Kurus

Metabolism adalah tindak balas kimia untuk penukaran tenaga didalam badan.

Metabolic Rate
jumlah tenaga(heat) yang hilang(digunakan) oleh tubuh badan.

Basal Metabolism Rate (BMR)
adalah jumlah tenaga(heat) yang terhasil dan yang hilang(digunakan) oleh tubuh badan ketika keadaan rehat (basal condition).

Okay tak payah pening pening, sekarang aku bukan nak ajar korang physiology, aku cuma nak bagitau kaitan antara DIET dan METABOLISM. Senangkan ayat, aku cuba nak ubah persepsi orang ramai mengenai DIET = JANGAN MAKAN! no no no, this is absolutely WRONG !! Kenapa? haa meh sini aku nak cerita sikit.

Dalam tubuh badan manusia ada tahap metabolism yang telah ditentukan. Kenapa kita makan? untuk mendapatkan tenaga atau heat. Macam mana makanan boleh jadi tenaga? dengan function of metabolism la. Secara logiknya, kenapa kita boleh gemuk? ini adalah kerana kita makan lebih banyak dari tahap metabolism kita membakar makanan tersebut (input > output). Contohnya, kalau tahap metabolism kita boleh membakar 8000 kalori sehari, tapi kita makan 16000 kalori, 8000 kalori yang selebihnya yang tidak dapat dibakar oleh metabolism akan tersimpan menjadi lemak didalam badan.

Kenapa permulaan kita diet berat badan akan turun dengan cepat? contoh kalau kadar metabolism kita sehari adalah 8000 kalori, tapi kita makan hanyalah 5000 kalori sehari, so metabolism akan bertindak dengan membakar 5000 kalori makanan + 3000 kalori (lemak) yang ada dalam badan (input < metabolism rate).

Tapi nanti akan terjadi dimana berat badan yang turun akan terhenti pada satu tahap. Kenapa? Ini kerana metabolisam telah mencapai 'set-point' dimana metabolism telah biasa(adapted) dengan jumlah kalori makanan yang diambil seharian.

Jika pada tahap ini kita mengurangkan lagi pengambilan makanan dari 5000 kalori kepada 3000 kalori sehari, ya, metabolism akan membakar 3000 kalori dari makanan + 2000 dari dalam badan. Berat akan kembali turun.

TETAPI !
Perlu di ingatkan bahawa setiap kali kita mengurangkan kalori makanan dalam diet, lama-kelamaan metabolism akan mencapai 'set-point' (adapted) dengan pengurangan kalori makanan tersebut dan secara tidak langsung ia juga mengurangkan kadar metabolism tubuh kita.

Pernah tak korang fikir kenapa orang yang gila gila punya diet yang tak makan nasi, tak makan roti, tak makan segala jenis makanan tu akan kurus dengan cepat, tapi bila diorang mula balik makan seperti biasa, berat badan akan bertambah dengan cepat. Ini sebab semasa proses diet gila diorang tu, diorang telah menurunkan kadar metabolism diorang. Sebab tu bila diorang start makan seperti biasa, 'biasa' diorang dah jadi 'luar biasa' pada metabolism tubuh diorang.

Okay, macam mana kita tanak mengurangkan kadar metabolism dalam badan kita, tetapi kita nak bakar kalori yang tersimpan? BERSENAM. 


Dengan bersenam kita akan membakar banyak kalori sebab kita menggunakan tenaga. Cara terbaik untuk diet pada aku adalah dengan memakan jumlah kalori yang sama dengan aktiviti harian, dan bersenam untuk membakar lemak yang tersedia simpan dalam badan. So tak payah la kita nak tahan tahan lapar sebabnya nanti akan lebih mengurangkan kadar metabolism dan buat kurang tenaga je.

kalori makan = kalori aktiviti seharian
bersenam       = bakar lemak(kalori) tersimpan dalam badan


Sebab tu la semua pakar diet dan doktor menyarankan diet terbagus adalah dengan menjaga pemakanan + bersenam. 




Energy balance
Dan bila korang dah kurus/untuk mereka yang sudah tersedia ada berat ideal, korang cuma perlu maintainkan berat dengan memakan jumlah kalori yang sama dengan jumlah kalori yang akan digunakan (input = output = constant body weight). Ini lah yang dipanggil energy balance.



Haritu masa dalam kelas doktor aku ada cakap, nak diet bukan berdasarkan jenis dan kuantiti makanan semata-mata, tetapi jumlah kalori yang diambil dan digunakan. Lebih kurang macam tu la bunyi dia. Sebab tu kadang-kadang kita nampak ada orang ni makan banyak gila, tapi tak gemuk gemuk pun. Itu sebab diorang aktif dan kalori yang ada dibakar dengan bagus. So, aktifkan la diri anda ye :)


Okay, ni sahaja serba sedikit yang aku dapat share. Ni pun sebab baru lepas belajar pasal metabolism dengan doktor sebelum nak exam. Exam minggu depan, silibus tak habis lagi. -____-"







Kpop 24:7 atau nama baru max247 dah keluar single weyh!

Pesanan penting !!!
Sila sediakan baldi sebelum tengok.








Okay, muntah cepat! ke dah penuh baldi korang? Hahaha. Sumpah lawak weyh. Kata nak buat ala-ala Kpop, yang pergi buat lagu ala-ala Rebecca Black tu apasal. Rebecca Black bukan orang korea ye kawan kawan. Salah paham ni.

Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad.
Lagi hebat dari Rebecca Black ni. Btw, sembahyang jumaat pergi tak bang? :)


Adoi, geli mak tengok nyah! Bukan nak kutuk ke apa, nak dance macam artis korea bukan senang weyh. Group korea practise before debut bertahun-tahun. Ada yang dari kecik dilatih oleh syarikat rakaman, dah besaq baru buat debut. Ni baru bape bulan practise dah debut, macam mana nak jadi macam korea. Ibarat impian jatuh ke dalam gaung dan dihanyutkan sungai sampai ke laut lalu dimakan ikan jaws sehingga menyebabkan ikan jaws mati lepas tu terdampar tepi pantai dan dimakan burung gagak dan tiba tiba gagak pun mati. Okay hiperbola  -___-"

Ni buat show ke buat senamrobik bang? ada yang menari over, ada yang macam nak tanak menari. Ada jugak yang bajet macho. Macho ke macha??? Haaaa itu yang kita tak tau tu ye.

Keindahan sangat la pop yang korang bawak tuuuu.

Apa-apa pun, abang-abang macho sekalian nak SAIN !! *tangan dibahu mata ke atas*

Wednesday, May 4, 2011

Tae-Ho made this world is a place for him

Okay, sumpah this kid made me like WOWWWW! and then tskk..tskk..tskk (okay ni bunyi tangis yang terharu ye T.T ) then he made me laugh! He is awesome kid which means a truly AWESOME okay! Just watch this video and you all tau la apa yang aku maksudkan.




He's such an inspiration.



Jangan terkejut. Siap ada girlfriend lagi. Dah la awek cute gila. Baik pulak tu.  


Nah aku kasi banyak lagi video dia. Tapi yang ni tade subtitle la.





Beruntung kan Tae-ho, dikelilingi orang yang baik-baik, understanding, dan terima dia seadanya. Gerenti orang yang abandoned dia akan menyesal gila satu hari nanti. 

He's so inspired me! May have a good and happy life during your growth until you older and have your own wonderful family Tae-ho. Aja aja fighting! (^_^)v

So guys, live your life okay! 





Sunday, May 1, 2011

Diet

Nak diet? bukan mudah, tanpa semangat untuk membunuh nafsu makan memang la sangat susah. Lagi lagi untuk orang macam aku yang memang suka makan. Tapi lebih baik mencuba dari langsung tak cuba kan? Same goes to me. Aku sekarang tengah on diet. Susah, tapi at least aku cuba. Banyak kali jugak langgar peraturan diet (yang aku buat sendiri). Bukan senang ye nak kurus. Dan aku pun bukan mengharap aku akan kurus dan punya body macam Jessica Alba. Agak mustahil la kan. Dapat mencapai tahap yang boleh puaskan hati aku pun okay lah (tah bila bila la tu kan)

So, apa yang kita perlu buat untuk mulakan diet?

1. First of all, tulis dekat kertas besar besar contohnya I AM ON DIET, then tampal la kat dinding bilik anda. Ini sebagai peringatan kepada diri anda yang sedang berdiet.

2. Cari sesuatu perkara/benda yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi. Macam aku, aku suka fesyen dan baju. So aku akan selalu tengok fashionista fashionista yang cun cun. Then aku akan jadi jeles sebab aku susah nak pakai baju cantik cantik sebab semua size kecik kecik. So aku akan berazam nak kurus supaya aku dapat pakai macam diorang. Tu cara aku la. :)

3. Cuba try buat satu jadual makan yang sesuai dengan aktiviti harian anda. Macam aku contohnya aku akan makan nasi as a breakfast. Aku memang tak boleh tak makan nasi sampai berbulan-bulan. Gila apa. Orang melayu nasi mana boleh tinggal kan. So aku akan makan 1/2 mangkuk nasi (macam  mangkuk nasi orang cina tu) setiap pagi.

-----Kenapa nasi sebagai breakfast?
Sebagai seorang pelajar, aku jarang bergerak. Hanya duduk, dengar lecture yang berjam-jam tu. Pergerakan aku adalah jalan kaki pergi dan balik dari universiti. So aku pilih nasi sebagai breakfast sebab aku fikir, kalau aku makan pagi, carbohydrate yang aku makan tu akan digunakan ketika perjalanan aku pergi dan balik dari uni. Kalau aku makan nasi tengah hari, aku hanya akan guna carbo tu time perjalanan balik je. Tak tau la apa yang aku fikir ni betul ke tak, tapi aku pernah dengar dalam tv breakfast perlukan sesuatu yang berat sebagai tenaga untuk kita bekerja.

 Tengah hari pulak kalau lapar aku minum jus pisang+susu atau makan biskut yang kurang kandungan carbo dan kalori atau makan buah epal.
Makan malam pulak aku hanya makan lauk je. Kalau teringin sangat nak makan lauk-lauk tu dengan nasi aku akan amik 1-2 sudu nasi just sebagai merasa lebih kurang macam tu la.

4. Okay, yang ni penting. Banyak kan minum air mineral/putih. Seperti yang anda semua tahu, air mineral punya banyak khasiat. Air mineral bagus dalam membantu mengurangkan berat badan dan mencegah banyak penyakit. Kita disaran minum 5 liter air setiap hari.Secara jujurnya aku bukan jenis yang suka minum air mineral. Dulu aku boleh tak minum air putih/mineral dalam jangka masa yang panjang, seminggu, dan kadang kadang hampir sebulan! Asal nak minum aku akan pilih air manis. Tapi alhamdulillah sejak kebelakangan ni aku mencuba dan berusaha agar aku akan minum air mineral setiap hari.

-----Petua sihat mengenai air mineral/putih.
Bila bangun tidur, sebelum cuci muka dan berus gigi, minum air dulu. Ada kajian yang mengatakan amalan ni amat baik untuk tubuh badan. Selamat mencuba!

5. Biasakan diri sebelum membeli apa-apa makanan, check dulu kandungan makanan di pek makanan yang kat belakang tu. Pilih makanan yang kurang kandungan kalori.

6. Rajinkan juga diri anda untuk mencari maklumat yang bagus dan berguna untuk diet di internet atau majalah atau sumber-sumber media yang lain. Ni ada beberapa link yang bagus dan berguna.
klik siniklik sini, dan klik sini juga.

7. Oh, disamping diet, kena bersenam juga. Tapi bab bersenam ni memang agak susah sikit la untuk aku (rajinkan diri anda ye). So, aku selalu cari alternatif lain dengan banyak jalan kaki, buat sit ups. Window shopping pun boleh consider sebagai exercise jugak kan. hehe :P

8. Yang ni selalu orang buat, tapi aku tak nak la buat macam ni. Orang selalu tahan makan, tak makan nasi sampai berbulan-bulan. Setiap hari makan sayur je. Tahan lapar sampai sakit sakit, pengsan, lesu. Tak bagus kot macam tu. Mungkin nanti akan kurus, tapi nanti kalau start balik makan nasi dan benda benda lain macam biasa, badan akan naik balik dengan mendadak. Ramai orang yang aku jumpa macam tu. So, aku tanak la jadi macam tu. Cara aku, kalau aku nak makan benda tu, aku makan je. Semua makanan aku amik. Tapi aku amik sikit. Sebagai nak rasa dan lepas kempunan. Okay la kan.

9. Jangan harapkan badan akan kurus dengan cepat okay. Selalunya kalau badan kurus dengan cepat tak berapa nak sihat la macam tu. Dah tahan lapar gila gila tak makan nasi sampai 3 bulan lepas tu kurus macam Jessica Alba lepas tu puas hati, lepas tu makan balik macam biasa dalam masa 3 minggu badan naik mendadak balik. Tak guna kan. Aku punya aim seminggu turun 1kg. Okay la tu kan. Sebulan turun 4kg. Kalau kita diet setahun, dah turun 48kg. Tak ke banyak tu? (boleh ke?) hehe

Kalau tinggal kat Malaysia memang senang nak diet sebab ada banyak pilihan makanan yang boleh kita pilih untuk diet. Macam aku yang duduk kat Egypt ni pilihan makanan tak banyak, asyik benda yang sama je. Boring jugak. Tapi bila aku balik Malaysia berat akan bertambah sebab mak masak sedap sedap lepas tu nak makan semua benda sebab duk kat Egypt tak dapat. Macam mana tu? hahahaha

Ni lah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi dengan semua. Aku pun sebenarnya selalu jugak main makan je semua benda. Lepas tu menyesal. Selalu langgar diet, aku bukan peng-diet (ada ke perkataan ni?) yang bagus. Tapi at least kita mencuba. :)

Kalau ada apa yang aku buat tak betul, tegur la eh. Dan kalau punya tips yang bagus share share la dengan aku jugak.Sharing is caring right? :)

Semoga kita semua dapat berat yang ideal dan punya badan yang sihat. Aja aja fighting! (^_^)v

Thursday, April 28, 2011

Tips berpakaian untuk mereka yang berbadan besar.

Haha, lawak je rasa nak tulis entri kali ni. Nak bagi tips konon. Hebat sangat ke nak bagi tips kat orang nih. Aku tade la hebat sangat, tapi aku bagitau mengikut pengalaman dan sikit sikit je pengetahuan yang ada okay. Jangan la menaruh harapan tinggi pulak. Terdetik nak buat entri pasal ni sebab keJELESan melihat perempuan perempuan yang kurus dan berpotongan menarik berfesyen dengan bahagianya.

Kepada gadis gadis comel yang chubby dan bam bam seperti aku, eh, comel kerr? mestilah comel, kita kena yakin :)  Okay, pernah tak bila nak beli baju korang rasa macam "Wahhhh, baju cun! Tapi mesti aku tak muat. Saiz XL pun macam M je. Ketat je bila pakai" ataupun "Wahhhh, baju cun! Tapi kecik, tade size I la." ataupun "Erm, baju ni muat dengan aku, tapi elok ke aku pakai? tak nampak buruk ke? tak pelik ke?"

Pernah tak korang rasa bahawa diskriminasi berlaku terhadap manusia bertubuh comel ni lagi lagi yang bertudung sebab takkan nak pakai baju tak kena saiz kan. Nanti ketat ketat sangat tak sesuai la pulak kan. Kesian orang orang macam kami ni. Susah tau nak cari baju cun cun T.T  Walaupun susah nak cari, tapi kalau rajin mencari pasti akan jumpa jugak baju cantik yang menawan bila dipakai si gadis chubby. Yang penting pandai menggayakan agar sesuai dengan potongan badan.

Ni antara tips yang aku nak share.

1. Elakkan baju yang terlalu ketat sebab nanti nampak pulak segala lapisan burger dan benjol benjolan tak cantik lewww macam tuwww.

2. Elakkan juga baju yang terlalu besar sangat sampai boleh masuk lagi sorang (okay over) sebab nanti nampak kita oversize pulak dari size sebenar. Tah la dah cukup besar, nanti nampak lagi lagi lagi besar. Tamaw tamaw macam tu.

3. Rasanya kalau boleh elakkan pakai belt sebab nanti takut lagi nampak jelas bentuk pinggang kita yang tak berapa nak ramping tu. Tapi kalau nak pakai jugak guna belt yang tak sarat sangat.

4. Seeloknya piilih baju yang labuh atau menutupi bahagian punggung. Sorok la sikit kan. hehe.

5. Untuk si chubby yang pear shape, kalau nak pakai baju yang ada cekak atau nak pakai belt pakai yang cekak kat bahagian bawah dada, atau pakai belt kat bawah dada. Oh, dan juga korang cari baju yang cutting A ye. Maknanya bahagian atas ikut sesuai dengan bahu dan besar sikit kat bahagian bawah. 

6. Bagi yang apple shape, pakai baju yang cekak di bahagian bawah pinggang atau pakai belt dibahagian bawah pinggang (pelvic area)

7. Jangan pakai baju yang terlalu sarat dengan corak. Baju dah corak bunga bunga, pakai seluar corak harimau, pakai pulak tudung corak bulat bulat. Jangan okay.

8. Cardigan adalah benda wajib yang perlu ada dalam almari anda. Kalau pun kita susah nak cari baju cantik cantik, pakai je tshirt then sarung cardigan. Bergaya jugak tu kan. :)

9. Kalau nak beli jeans, aku selalu akan pilih jenama Lady Like dan Applemints. Sebab jenama tu yang macam senang nak cari saiz. Dan aku suka pakai slim cut. Tapi kalau pakai jeans slim cut ni pastikan pakai baju yang menutup punggung dan labuh sikit sebab nak tutup bahagian punggung dan peha yang besar.

10. Pakai skirt juga membantu kita nampak kurus. Tapi mesti kena pilih dengan betul. Pakai skirt yang straight cutting atau skirt ikan duyung. Pilih fabrik lembut atau kain jatuh. Boleh juga pakai skirt jeans. Elakkan skirt yang sarat dengan corak dan bertingkat-tingkat. Tapi macam aku tak minat sangat nak pakai skirt sebab susah nak jalan. haha.

11. Kalau nak nampak kurus sikit kan, pakai la heels atau wedges supaya nampak lebih tinggi. Kalau tinggi nampak kurus. Main dengan ilusi sikit. hihi


Okay, tu je tips yang dapat dikogsi setakat ni. Aku pun tak la pandai sangat bergaya. Biasa biasa je. Tapi aku ni memang gila baju dan suka pada fesyen. So, selalu la try macam macam jenis baju. Ada yang sesuai, ada yang tak. Kena berani mencuba la. Tu yang penting. Pedulikan apa orang nak kata. Tapi korang pun rajin rajin la tanya pendapat kawan kawan atau family pakaian yang korang pakai tu sesuai ke tak. Pendapat orang mungkin berguna bagi anda si chubby untuk bergaya. Cewaaahhhh ayat tak tahan nyah!

Semoga tips tak seberapa dari aku ni dapat bantu kita semua si gadis comel bertambah lagi comel dan bergaya. yeay! (^_^)v



Wednesday, April 27, 2011

Group Kpop Malaysia???


Wargghhhhhh!!!!! Apakah ini apakah ini??! Malaysia pulak dah gila nak buat group Kpop wannabe. Sungguh wannabe! dulu dalam entri ni ada cerita pasal group Kpop wannabe Indonesia, sekarang Malaysia pulak muncul Kpop wannabe. Kalau nak buat group Malaysia bukan Kpop weyh, Mpop la. Tak pegi sekolah ke?



 dari kiri: ALLOI- VIRGO- A AR -FIFIE- JAQ- KIM- OB- IYM- TAEMIN

Sumpah lawak! nama pun nak nama korea jugak. Kalau dah MELAYU TULEN tu letak jelah nama melayu.
dah la 24:7 tu pun tiru jugak. aiseymannnnn....



Muka dah la geli geli, ada hati nak tayang body lagi. Oh man!  T.T


Tak tau aku nak kata apa. Cuba la jangan nak tiru sangat. Even nak tiru sekali pun cuba sesuaikan dengan keadaan, suasana. Atau boleh jadikan inspirasi. Kan lagi bagus macam tu. Tak paham la kenapa gila sangat nak meniru benda benda macam ni. Kalau sesuai tape, ni.....urgghhhh! nak muntah weyh! 

Nak kata lagu melayu tak best, banyak je yang best, berkualiti. Macam lagu-lagu Aizat AF, Yuna, Faizal Tahir, banyak la lagi. Cumanya promosi je kurang sikit kot. Tu yang susah nak menembus pasaran dunia. (cewah cakap macam hebat sangat aku ni.) Tapi betul la, tak semestinya kau tiru korea bulat bulat kau akan jadi glamour macam diorang. Just improvekan apa yang kita sedia ada. Lagi bagus.



MELAYU MELAYU..... (-_____-")







Tuesday, April 26, 2011

marathon entri

Banyak gila benda nak cerita. Tapi tak tau macam mana nak start. Orang kata kadang kadang untuk memberitahu tak perlu cakap banyak banyak. So sekarang aku sediakan gambar gambar sebagai cerita. Oh kali ni juga aku buat marathon entri yang bermakna dalam satu post ada banyak banyak baaaaaanyakkk cerita. Erk...banyak ke?

Ushar ushar la sendiri ye....jeng jeng jeng..

    

BUKTI KINI GILA SHAWL 



dulu kan ada buat cerita pasal shawl kat entri ini.
yang ada ni pun tak terpakai semua ada hati lagi nak beli baru -___-"



SURPRISE BIRTHDAY PARTY BY AHLI RUMAHTANGGA (SEVEN HEAVEN)




home made cake by ahli rumahtangga :)



penat penat balik dari Malaysia bukan nak tolong, buli lagi ada. 
btw, thanks for the snow. i LIKE it! 





ni lah muka muka hantu tak bertauliah yang ganggu hidup aku.
sumpah lemah jantung mak nok.
buat ECG gerenti tak normal.






SEMINAR KERJAYA AQM 2011







time dinner orang buat tema ala ala Puteri Balqis,
aku buat tema Puteri Sihir.
witchy gila   -____-"



LAST STORY



okay, saje nak masukkan gambar ni sebab aku nampak MACAM kurus sikiiiitttt la. muahaha (^_^)v




Sekian saja. Lain hari kalau rajin I update resepi oreo cheese cake pulak eh. 
Besok kelas awal pagi.
Selamat tido dunia   :)





Saturday, April 2, 2011

Earthquake in Greece, not in Egypt

Semalam aku dengan housemate tengah main masak masak. Nak masak laksa la kononnya. Sekali rasa macam pening, goyang goyang. Housemate tanya korang rasa tak bergoyang, last last semua lari keluar rumah. Rupa-rupanya bumi yang pening. Mula mula ingatkan Egypt ada earthquake. Walaupun Egypt bukan negara yang ada bencana alam, mana la tau kan, kalau Allah kata nak jadi, jadi lah. Lepas tu dah fikir aku kena hantar balik Malaysia balik ke? Baru je sampai sehari kat Egypt. Jet lag pun tak hilang lagi kot.

Rupa-rupanya gempa tu berlaku dekat South of Greece.


Lagi berita di sini.



sumber: BBC News

Monday, March 28, 2011

kini gila shawl

Dulu masa zaman muda muda dulu tak reti aku nak pakai shawl shawl kejadah ni. Muka I bulaaattttttt. Nanti lagi nampak bulaaaattttttt kalau aku pakai shawl. Tapi tu fikiran masa muda. Sekarang ni dah tak fikir bulat ke ape ke, yang penting fesyen. Fesyen tu memainkan peranan penting untuk ubah persepsi aku terhadap si muka bulat ini. Apa kejadahnya semua ini? Okay soalan tiada kaitan -__-'

Tapi aku start pakai shawl ni bukan sebab feyen yang semakin 'membiak biak' (ayat masa darjah satu) ni. Aku start pakai betul betul sebelum aku berangkat untuk berjuang demi keluarga, agama, bangsa dan negara. Cewah berjuang la sangat. Yang sebetulnya aku start pakai selendang ni before aku berangkat ke Egypt masa mula mula dulu. Yelah, risau kononnya nanti kat sana susah nak cari tudung bawal. So, untuk keselamatan kena belajar pakai shawl awal awal. Last last bila sampai sana semua shawl yang dijual aku tak selesa nak pakai sebab aku just biasa pakai shawl yang satu kaler yang kain dia cam tak licin sangat. Ala, shawl yang sekarang ni jual murah tu yang dalam lima hingga lapan ringgit malaysia bergantung kepada kedai.

Masa mula mula aku datang Egypt aku rasa shawl yang diorang pakai pelik pelik. Kedut kedut, kembang kembang. Eii eii apa ni apa ni. Lepas tu pakai kembong atas kembong bawah tengah tengah muka kecik je. Kaler pulak nak striking striking lepas tu tak match pun dengan kaler baju. Dekat satu badan tu baju kaler merah, seluar kaler kuning, kasut kaler ungu, tudung kaler hijau, beg kaler haa kaler ape lagi yang tade? semua kaler la ada dekat badan. Pelik gila. Kan kaler yang patut ada bila kita berpakaian hanya 3 warna je. Tu pun tak tau ke? tak belajar? Hati aku membebel.

Tapi kan tapi kan, bila aku balik ke tanah air tercinta, OMG OMG, fesyen arab dah sampai. Selendang yang kedut kedut pun orang dah pakai. Dekat satu badan pun ada banyak kaler. Tapi yang aku hairan bin ajaibnya, aku tengok rakyat Malaysia pakai CUN wohhhh! macam mana ini boleh berlaku?! Aku pelik, aku hairan. Lama masa yang aku ambil untuk buat research. Poyo gila kan. Last last ada la beberapa kesimpulan yang dapat aku simpulkan.

Dan paling tak boleh belah, sekarang ni AKU PULAK YANG GILA SHAWL/PASHMINA/INNER dan apa apa yang seangkatan dengannya. Oh man! Semua aku nak beli. Dah beratus duit aku abis kat benda alah ni. Kalau boleh semua fesyen aku nak pakai. Tapi yang jenis agak agak macam terlalu ke-arab-an sangat aku tak beli la. Kang tak pasal pasal pegi kelas orang keliru eh eh ada arab silap masuk kelas student Malaysia lah. Shuh shuh! terpaksa aku berkawan dengan orang yang tinggi tinggi hidung tinggi. Eh hidung tinggi bukan sombong tu, hidung tinggi mancung. Tah la tinggi, tajam lagi. Kena patuk sia sia je. Apa aku melalut ni deyyyy.

Okay la, nak pegi kaler rambut mak aku dulu. Dah tertido tido mak tunggu aku yang tak kunjung tiba ni.

Wednesday, March 23, 2011

kalau nak tiru pun tak payah la copy bulat bulat kot.

Ni nak kisah pasal korean wannabe ni. Actually aku dapat tau pasal benda ni dari blog Fatin Liyana ni. Aku memang rajin baca blog dia sebab dia cantik, pandai berfesyen(aku kan pantang sikit bab bab fesyen ni) and plus dia pun pandai. Cik Fatin Liyana ni terkenal jugak sebagai fashionista blogger.

Okay, cerita pasal korean wannabe, anda anda dan anda semua pun mesti tau kan yang aku ni memang la kategori hantu puntianak jembalang toyol bagai kalau bab korea ni. Dah minat I dari kecik, nak buat macam mana. Abah cakap aku dah kena dadah korea ke, rosak dek hantu korea ke, kata-kata tu jadi macam angin lalu yang dibawa pergi hembusan bayu cewah. Merepek bagai dah. Bukan nak lawan cakap abah, tapi dah memang itu minat aku, nak buat macam mana. Tak dapek den nak nolong.

Okay, cerita pasal korean wannabe ni lagi. Dey bape banyak kali nak cerita da. Okay okay kali ni cerita betul betul. Ce cite ce cite. Cik Fatin Liyana ni ada la post pasal satu group kat indonesia ni yang dikatakan oleh ramai pihak bahawasanya mereka ini adalah korean wannabe. Lepas tu aku ushar la klip video mereka. Lepas tengok dalam hati berkata, hmm...memang korean wannabe. Geli pulak I tengok. Tapi disebabkan post Cik Fatin tadi adalah post yang positif yang kata sekurang kurangnya mereka ada effort nak menyanyi sambil menari macam tu bukan senang oh. Dalam hatiku berkata, mungkin disebabkan hallyu wave yang tersebar di merata-rata membuatkan mereka ingin mencuba. Okay lah, walaupun geli tanak la kutuk lebih lebih.

ce tengok


Oh man, muka tak cukup jambu!

Tapi kan tapi kan, sebagai fan kepada korea ni, yang I tak puas hati la kan, kalau pun nak jadi korean wannabe kan, tolong la tolong laaaaa.... jangan la tiru bulat bulat. Sebabnya kan, korea band pun ada nama smash jugak (SM*SH).


OH MAN, ni baru cukup licin!

Kalau korang tengok dua dua ni korang pun tau nak beza kan kan. Tak payah la aku cakap banyak banyak. Koman koman pun nak jadi korean wannabe, cari la nama lain ya pak.

Oh, ada satu lagi band korean wannabe. Tapi ni bukan Indonesia dan bukan lelaki. Yang ni Malaysia/Singapore mari dan band perempuan.


Masa ni I ada tengok dance competition ni. Oh, tanpa sengaja okay. Kebetulan aku kat Sg. Wang masa tu dengan member aku. Lepas tu alang alang aku ushar la sekali sebab hari sebelum tu kebetulan lagi aku ada tengok group ni kat tv9 deee..kat dihati. Group ni aku malas nak cakap banyak, biaq pi la depa nak buat apa pun kan. Tapi kan tapi kan, pada pandangan aku la kan, ni pandangan aku okay, tak sesuai la kot orang melayu pakai begitu, apa orang kata kurang manis, tak gitu? Mungkin kalau dorang nak buat style korea tapi sesuaikan sikit dengan melayu lebih elok kot. Yang pasal dia buat dance competition yang last last aku simpulkan sebagai peserta menari lebih bagus dari penganjur tu, cek hanya mampu menggelengkan kepala. Takpe la, maybe tu cara mereka nak buat promosi. Semoga semoganya mereka terus tingkatkan prestasi, kurangkan kontraversi. 

Kalau korang hebatkan, cuba teka diorang ni ala ala group korea mana? I sekali tengok I dah dapat agak sebab  group tu salah satu antara group korea yang paaaaling I minat. Ha teka cepat. Kalau betul I kasi hadiah sebuah kereta ferrari......







 dalam mimpi. hehe :)

Tuesday, March 22, 2011

POST CAK CAK!

Okayyy, lama gila I tak post sebatang harem pun kat sini. Kenapa? sebab I berada di Malaysia tanah tumpah darah tercinta oh Malaysia tanah air ku. Dan kalau kat tanah cinta ni memang malas la nak update sebab lagi baik plusplus best kalau I habiskan masa dengan family I lagi lagi bila dah ada si bambam Aryssa@ayicha(konon konon lagi comel kalau panggil pelat pelat tapi memang sumpah comel nyah!) Oh dan juga menghabiskan masa dengan merayap ke sana ke sini. Lagi meriah weyh!

Macam mana I boleh tercampak pulang ke Malaysia sedangkan cuti summer yang selalu dinanti belum kunjung tiba, tup tup I dah ada kat Malaysia. Magikkan magikkan. Panjaaaaanggggg ceritenya. Ce cite ce cite. Okay, malas nak cerita panjang panjang so I just bagi isi penting utama bagaimana I boleh sampai ke tanah tercinta. Sebab I belajar kat Egypt dan sebab Egypt kan haritu kan ada krisis pasal rusuhan kejadah tu kan untuk gulingkan kerajaan dia kan yang tak maju maju tu kan dari zaman atuk sampai zaman cucu kan tiada beza kan memang tiada wawasan 2020 langsung tak gitu?

Okay, I nak perasan jadi minah saleh gedik sekejap sebab tu I guna I kan, suka lah hati I kan nak guna ganti nama diri apa apa apa pun.

Berbalik kepada cerita, eh eh Egypt yang rusuhan apa kena mengena dengan kepulangan I ke kampung halaman? Sah kepada anda yang bertanya mesti tak baca paper dengan tak tengok berita kan kan kan. Macam I la tu.

Okaylah, apa apa pun, I dah menghabiskan masa lebih kurang 2 bulan dekat tanah sayang ni, cuti winter yang 2 minggu tu last last jadi 2 bulan. Amazing kan kan. Dah la dapat balik free, tiket pulang ke tanah kurang kesayangan pun free, dapat pulak duit poket lebih lebih lebih. Bahagia mak nyah! Mak nyah mana bahagia, I pun tak tau.

Oh by the way, I ada something new nanti  nak letak dekat ini blog. Insya'allah, kalau ada masa dan rajin terlebih. Bukan untuk menunjuk, bukan untuk mencapub dalam erti kata lain mencari publisiti, bukan untuk apa apa yang anda, anda dan anda akan fikir yang nun jauh jauh jauh sana, ini hanyalah sekadar suka suka I. I punya blog suka lah hati I nak buat apa kan. Tak gitu?

Kalau nak kata apa apa, ingat dulu tagline I :

ADA CEK AKU KISAH?


Okay, selamat tidur! :)

Saturday, January 15, 2011

Resepi ringkas epal


RESEPI I: Apple milkshake

1. Potong epal kecik-kecik.
2. Masukkan dalam blender.
3. Tuangkan susu segar.
4. Tambah gula secukup rasa.
5. Tekan butang on pada blender dan blend sampai hancur dan berbuih.
6. Sedia untuk dihidang dan dinikmati. 

*kalau lambat bangun pagi terkocoh-kocoh nak pergi kelas/kerja boleh la buat resepi ni. Mudah, cepat, lazat dan mengenyangkan.


RESEPI II: Epal goreng

1. Potong epal.
2. Panaskan marjerin atas kuali. Kalau tade marjerin minyak pun boleh.
3. Masukkan epal. Goreng sampai kekuningan.
4. Sedia untuk dihidang.

*boleh dimakan masa minum petang. Senang kan kan.

"An Apple a day keeps the doctor away"



Renung-renungkan dan selamat beramal. ^^v






Wednesday, January 5, 2011

Jeremy ini bukan Jeremy you're beautiful(korean drama)

Tadi kelas habis awal. Lepas tu aku dan housemate jalan jalan kat Qamiyyah nak beli shawl. Tapi kedai 'Fourteen 14' (nama kedai shawl tu la) tutup. Hampa -__-'   Lepas tu nampak ada bantal comel comel kat satu kedai ni. Hati pun riang riang berkata nak usha! nak usha! Kaki melangkah masuk dan tanya kepada amu kedai, "bikam?" (berapa?), amu pun cakap 45LE. Mak aii mahal bebeno!

Dalam duk usha usha barang kat kedai tu, tiba tiba, (jeng jeng jeng) mata ternampak ada  mamat comel ni. Lepas tu cakap kat kawan aku, comel kan kan. Kawan aku mengangguk. Hati dah terpikat. Terus datang dekat dia, nak couple! nak couple! (gentle gila aku). Oh, nama dia Jeremy. Bila dah dapat restu dari kawan kawan dan amu kedai, aku pun terus peluk Jeremy dan kami balik ke rumah.

Saat mendebarkan bila aku naik tremco (sejenis pengangkutan awam), sekali Jeremy diganggu sorang mamat arab. Aku pun tak tau apa masalah mamat tu. Jeremy tak melawan, Jeremy cool je. Mungkin nak tunjuk cool dekat aku. Tapi aku tak suka! Aku marah mamat arab tu. Sibuk je! Aku tarik Jeremy jauh sikit dari mamat tu. Tiba-tiba ada sorang lagi mamat arab yang entah dari mana muncul, terus je tarik Jeremy. Aku lawan. Aku tak kasi. Kawan kawan aku turut membantu. Mamat arab tu bertambah agresif, dia picit hidung Jeremy kuat kuat. Apa masalah mamat mamat arab ni? Tak mungkin Jeremy ada hutang dengan diorang. Nak kata Jeremy ada musuh, mustahil. Adakah mamat mamat arab ni semua gay? OMG!

Tapi aku suka gila kat Jeremy ni. Dia sangat cool. Jeremy tak reti marah. Baik sangat. Even aku pukul ke, tampar ke, sepak ke, terajang ke, dia takan marah atau balas punya. Aku yakin. Jeremy pun sangat kuat. Buat jela apa pun, takan sakit atau jatuh. Gagah gila! Tu yang buat aku bertambah suka kat Jeremy. Jeremy ni jenis yang setia. Kalau bukan aku yang buang dia, memang dia akan setia je kat aku. Baik gila kan kan.

Jeremy, saranghae! ^^,



comel kan Jeremy.


 Jeremy cool!



 Jeremy gagah!


saya ada pakwe nama Jeremy,
anda ada ke??
(^_^)v

Saturday, January 1, 2011

tahun baru, dunia baru, realiti baru

Selamat tahun baru! apa? dah tak sempat? sapa cakap? okay, malaysia dah pukul 1.38 am 2 january 2011. Kat tempat aku baru pukul 7.34 pm 1 january 2011. So aku masih ada masa untuk wish happy new year kan kan. 

Okay semoga semua orang didunia ni semakin bahagia dan bertambah ceria.

Azam aku tahun ni? 
Aku nak jadi kaya! yeay!
Hah nampak gila materialistik kau ninie! 

Dan dan aku jugak tengah nak diet. Harap harap diet tahun ni menjadi la eh. Sebab tahun sebelum ni setiap tahun nak diet tapi hampeh je lebih. Aku tau walaupun aku sangat comel sekarang ni tapi aku nak juga merasa jadi kurus. Kesian kat aku dow, tak pernah mencapai body impian. Semoga impian aku tercapai. Aja aja fighting!

Aku jugak nak result exam aku tahun ni lagi bagus dari tahun lepas. Ye aku tau aku pemalas nak belajar. Aku cemburu dengan orang yang ada otak genius. Tak belajar sangat pun tapi result selalu terbaik. Jeles ni tau, jeles jeles! Korang tolong doakan supaya aku jadi genius okay. 

Aku jugak nak semua family aku sihat sejahtera dan bahagia disamping aku. 

Last but not least, aku harap aku dapat pergi ke bulan dan menjadi angkasawan negara ke-2. Okay tipu -__-"

 

Blog Template by YummyLolly.com