Saturday, December 25, 2010

Egg rolls shushi recipe

Hai, first time aku nak tulis resepi ni. Walaupun aku ni memang pandai memasak dan rajin memasak dan masak dengan sedapnya dan memang suka sangat puji diri melambung lambung sampai puncak Gunung Kinabalu macam lagu 'tinggi tinggi Gunung Kinabalu~~~' *sambil nyanyi dengan ayu*  Eh aku memang pandai masak la. Anak toke kedai masak ni tau. Eh ada ke kedai masak? Anak toke kedai makan ni tau!

Okay disebabkan setiap hari aku akan bawak lunch box pergi universiti, aku perlu memvariasikan (betulkah ayat ini?? ah balun!) makanan. Boring kot asyik asyik bawak nasi dengan ayam goreng, nasi dengan hot dog goreng (sebab tu je yang senang masak). Boring, sungguh boring! so aku dengan berlagak pandainya cuba melakukan perkara yang luar biasa dengan membuat egg rolls shushi. Main tibai je buat ni.

Bahan-bahan:
1. Beras
2. Telur
3. Crab stick
4. Karet (???) -Carrot-
5. Mayonnaise
6. Cili besar (hijau/merah)
7. Black pepper

Cara-cara:

1. Masak nasi. Pastikan nasi dimasak lembik, tapi jangan sampai jadi bubur pulak. Nasi sudah menjadi bubur tak dapat diselamatkan. Kalau agak agak nasi keras dan tak melekat tambahkan lagi air sampai nasi yang dimasak menjadi lembik dan melekat.

2. Sementara masak nasi lembik tu pergilah bancuh telur dulu. Bancuh telur macam nak buat telur dadar. Masuk cili yang dicincang kecil kecil (kalau tak nak masuk cili pun tape.tapi aku lidah melayu.mesti mau pedas). Masuk garam secukup rasa. Kacau kacau kacau. Pastu buat macam telur dadar. Tapi jangan tebal sangat. Kalau sebiji telur boleh buat dua keping telur dadar lebih kurang macam tu lah.

3. Potong karet carrot panjang dan nipis. Lebih kurang macam bentuk stick la. Lepas tu rebus. Kalau tanak rebus pun tape. Dan jangan lupa rebus crab stick juga. Dan potong potong crabs tu jadi bentuk stick yang lebih kecik, macam potong karet carrot.




4. Bila dah siap potong potong dan goreng telur dadar, nasi lembik pun sudah masak. Ambik nasi tadi dan campur dengan mayo dan black pepper sikit. Kacau sebati.

5. Lepas tu amik papan potong yang besar dan kering, atau apa apa yang boleh dijadikan alas untuk menggulung telur atau dengan kata lainnya rolling the telur -_-"  Ambil telur dadar, ambil nasi lepas tu tepek letak kat atas telur tu. Ratakan nasi tu disemua bahagian telur. Ala macam sapu jem kat roti, tau kan kan. Taburkan black pepper lagi.




6. Susun crabs tadi, lapiskan dengan carrot secara memanjang kat bahagian agak hujung sikit. Macam nak buat popia, tau jugak kan kan. Bila dah siap susun tu, gulung la telur tu kemas kemas, kemudian potong macam potong kek gulung, mesti tau jugak kan kan.

7. Siap untuk dihidang! Oh ataupun susun dalam lunch box! yeay!

Senang kan kan.



TADAAAAA!!!
bashita!

Renung-renungkan, dan selamat beramal!


semakin matangnya aku

10 perkara yang buat aku rasa aku makin matang.

1. Lepas bangun subuh tak tido balik dah. Matang kan kan?

2. Semakin bijak berbelanja. ????  -______-"  *angguk dengan yakin*

3. Agak bertambah kerajinan bukak buku untuk study bila lecturer cakap "next 2 weeks you have pre-midterm exam". Setiap hari bukak buku study beb, dulu masa SPM besok paper malam tu baru terhegeh hegeh nak baca. Tapi lepas habis exam tak bukak setiap hari dah.

4. Berjaya melakukan diet secara constant bila aku cakap "saya nak diet". Sebab sebelum ni cakap je aku nak diet tapi makin terlebih makan. Lepas tu bagi alasan, winter memang kena banyak makan. Nak bagi heat kat badan. Time summer pun bantai makan banyak jugak. Alasan!

5. Semakin rajin pergi SC (smart circle/usrah yang diadakan setiap minggu). Walaupun kadang kadang ponteng jugak. Tahun lepas rajin ponteng, kadang kadang pergi.

6. Hampir berjaya melakukan apa yang aku nak lakukan.

7. Tak banyak ponteng kelas macam dulu.

8. Dah tak asyik-asyik mintak duit dengan family cakap duit tak cukup padahal kau pergi berpoya-poya dengan duit yang dapat tu. Lepas tu kalau tak dapat hentak-hentak kaki dan buat ugutan/paksaan nak bunuh diri. Sangat tipu.

9. Dah tak heran dengan henfon.

10. Dah tak minat nak cover cover cun lagi padahal kalau cover pun belum tentu lagi cun.


Yelah, usia dah nak menganjak anjak ni. Kalau makin tak matang tu namanya growth hormone retarded.

Selamat meniti zaman zaman akhir remaja. -_-"

Thursday, December 23, 2010

"Just A Dream"

Nah tengok ni aku tunjuk satu video baru. Eh tak tau la video ni baru ke lama, tapi aku baru dapat dari kawan aku tadi so consider sebagai video baru jela eh.





Ha haa nak cakap aku tunjuk video ni sebab mamat nama Sam Tsui tu kacak la tu. Apa kau orang ingat aku ni mata duitan kacaktan sangat ke. Tak baik tau main tuduh tuduh berdosa nanti masuk api neraka aiyookkk tak tau. Cuba fikir positive sikit.

Aku aku, aku post video ni sebab, sebab nak tunjuk kat korang mamat yang main piano tu. Hebat kan dia main.

Okay fine aku tipu! Memang aku post sebab nak cakap mamat yang nyanyi tu kacak gila weyh. Cair weyh! Lalu mencurah curah jatuh ke ladang gandum weyh!

Perempuan normal suka tengok lelaki kacak.
Aku perempuan dan aku suka tengok lelaki kacak.
Alhamdulillah, aku normal.



Muka perempuan yang nyanyi tu ada iras iras aku. Betul, tak tipu!

Tuesday, December 21, 2010

Rumah terbakar panggil bomba

Gila lama dah aku tak update blog.

Sebab aku ada pre-midterm exam. Anatomy dowh. Dah diberitahu 3 minggu yang lepas. So 2 minggu yang lepas aku agak rajin la jugak baca baca buku hafal hafal segala muscle, nerve, gland, artery pekejadah tu semua. Okay tipu, aku tak hafal semua, sikit sikit je. Tapi aku kira rajin la jugak sebab bukak jugak buku. 

Tengah tengah rajin duk menghafal semua sekali tiba lah hari yang dinanti nantikan. Pagi tu dah siap semua lunch box bagai nak bawak pergi universiti (oh sekarang memang setiap hari bawak lunch box sebab tengah on diet disamping boleh menjimatkan duit, pasal diet ni nanti aku cerita kat entri lain). Dah siap mandi, bergaya depan cermin semua bagai, semangat ni nak pergi jawab exam. Tiba tiba, tup! black out! oh perkara biasa dekat imarah hijau ( rumah yang dipenuhi student malaysia perempuan. Macam kondo flat la kira.). Sekali dengar ramai budak menjerit. Aku pun terus konon konon nak tunjuk cool, cakap "Ape jerit jerit ni. Blackout je pun. Kecoh betul!" Sekali housemate aku, Cik Najat jerit, "terbakar weyh! Rumah terbakar!" Dan dan aku yang tadi bajet cool terus lari keluar rumah jerit, " semua naik atas! naik atas!" Bodoh tak? orang patut suruh keluar bangunan, kau suruh naik atas pergi rooftop. Tapi aku cakap tu pun sebab aku dengar orang lain jerit suruh naik atas. Aku sambung je arahan orang tu. Saya tak bersalah. Okay, tak payah nak pas salah kat orang lain.

Lepas tu kan, semua orang pun lari la keluar. Aku yang kat dalam rumah dengan 2 orang lagi housemate pun terkocoh kocoh nak keluar. Apa yang aku nak bawak ni?? henfon! laptop! (ni penting selamatkan dulu. barang berharga kot. beratus beribu ni harga) Asap dah banyak naik. Omg baju aku! baju aku! tapi sebab baju sangat banyak tak dapat nak bawak turun sekali. Campak campak simpan masuk dalam beg je (kesayangan ni weyh. dah la tade almari. ): ) Oh sebelum turun jangan lupa sembur perfume! GILA! bukan nak pikir selamatkan diri dulu. Akhirnya kitorang la orang yang terakhir sekali keluar dari bangunan. Semua ternganga terlolong cakap fulamak sempat lagi korang bergaya gaya! WELL... -_-"

Bila dah kecoh kecoh kat bawah semua orang suruh call lecturer mintak tangguh exam. Gila kau nak teruskan exam hari tu. Semua yang aku dah simpan dalam otak semua dah hilang. Exam dapat la tangguh seminggu sebab mostly budak kelas aku duduk dalam bangunan yang sama. Bila dah tangguh exam memang nak start menghafal balik tu memang payaaahhhhhh gila. Sebab dah mindset otak exam adalah hari seminggu yang lepas (jangan tiru aku bab bab mindset ni. tak berapa nak bagus)  Dah seminggu aku tak rajin nak bukak meghafal segala kejadah yang perlu dihafal. Tak sedar diri besok exam! Eh kau sempat lagi nak berblogging bagai. Taip panjang-panjang pulak. Ingat ada ke orang rajin nak baca. -______-""

Actually kebakaran tu sebenarnya tade la sampai menjilat hangus satu bangunan kondo flat ni. Meter letrik  utama je yang terbakar. Tapi aku nampak la api dia. Ngeri jugak kot. Cerita nak pumpang pumpang macam satu bangunan hangus dijilat api. Lepas tu, ahh...tak dapat diselamatkan *nangis nangis sikit* Lebat ah kau!

Kejap eh. Aku nak tunjuk pic kebakaran jap. Nak pergi curi pinjam kat Cik Najat punya fb. Pinjam eh jat. TQ *kasi senyuman manis sikit :)*


Seram tak? seram tak?
Mak aih, wayar belit belit camni memang patut pun terbakar.
Lagi kusut dari bulu unta.
Eh unta ada bulu ke?

Ada ke patut baba (owner bangunan) letak 6 meter untuk 12 rumah = 1 floor 1 meter. Lagi pulak sekarang winter orang nak guna heater bilik, heater air, cas fon bagai. akai ada ka? Laptop pulak dah sah sah la setiap student nak berlagak ada sorang satu. Apa kelas main share share. Part ni 'sharing is not very the caring'. Memang meletup kebababababoooommmm la meter tu.

Kepada baba terima kasih sebab buat exam kami postpone. 

Dah, pergi study sekarang. Besok exam bai!

Bye bye!


Tuesday, November 23, 2010

anugerah saya cantik



Bukan nak berlagak la kan.
Tapi dah berapa orang memberi pengiktirafan ni kat aku.
Sorang tag, rasa macam tak layak lagi.
Orang kedua tag, ermm belum patut dapat lagi kot.
Ketiga, keempat dan seterusnya.....
okay, aku tak patut menghampakan mereka.
So, aku pun terima award ni dengan hati yang berbunga.
(bayangkan bunga-bunga shining sebagai background aku)

Oh aku baru perasan.
BEAUTIFUL BLOGGER AWARD
korang kasi aku award ni sebab aku cantik eh?
Ahaks, malu pulak I.
Btw, thanks.
You all pun apa kurangnya, cantik cantik jugak.

Okay lah, I jawab all questions yang you all tag okay.

Q : Thank the person who gave you the award and the link of the person
 sha bone 
dan sape yang pernah tag tu
Q : Spread the award to 15 blogger who you like & you think their blogs are awesome 
kawan kawan saya yang cantik

Q : 7 things about yourself 
1. In relationship with my abah and mak
2. Peminat dan penggila korea
3. Pencinta makanan
4. Mata kacak suka warna pink
5. Banyak cakap dan suka puji diri
6. Kaki shopping
7. Orang kata saya garang tapi saya tak rasa saya garang



Saturday, November 13, 2010

SELAMAT HARI JADI MAK!

Okay, hari jadi mak dah dua hari berlalu. Aku dah wish dua hari yang lalu. Hadiah import pun dah sampai dua hari yang lalu. Coretan di pondok mewah ni je yang terlambat dua hari. Beberapa hari ni aku tade desire(bak kata fadz) nak ketuk ketuk keyboard bila bukak blog. Desire lebih tertumpu pada mata kacak untuk melihat dan sekadar membaca dalam hati(kalau baca kuat sumpah psikopat) penaipan bloggers lain. Kerajinan aku ni pun sekadar mengisi masa lapang sementara menunggu dvd sejuk sebab dari siang tengok cerita korea.


Oh lupa, sekarang tengah cuti raya haji. Cuti aku 9 hari. Cuti korang sehari je? kesian kesian(okay berlagak amalan tak sihat) By the way aku dibenarkan untuk menelaah drama korea sepanjang cuti ni. Eh eh tak percaya tengok sini.


Ah cerita tersasar jauh. Tujuan sebenar nak buat entri birthday wishes kat mak aku yang cun.


  • SELAMAT HARI JADI MAK!
  • semoga panjang umur dan murah rezeki.
  • semoga sihat sentiasa.
  • semoga bahagia disamping keluarga.
  • sayang mak sentiasa.
  • terima kasih sebab lahirkan ninie yang comel ni.


Okay point last ada unsur unsur pujian terhadap diri sendiri. Tapi point utama masih pujian kepada mak sebab berjaya melahirkan anak yang comel. Tahniah mak!  ^^v

Tuesday, October 26, 2010

iPhone plus awek cun




Kalau I ada 3 biji iPhone macam ni mesti I boleh jadi glamour jugak.
Suara I pun boleh tahan *I tau la sebab I selalu nyanyi dalam bilik sorang sorang*
Rupa? Kurang cun sikit je dari awek atas ni.


I dengar cerita awek atas yang bernama Kim Yeo Hee ni tengah couple dengan Lee Hong Ki (FT Island), alah yang berlakon dalam you're beautiful yang jadi Jeremy tu, kenal kan kan.



Hah ni ha.
Dalam you're beautiful rambut dia putih.



Kalau I ada 3 biji iPhone lepas tu I boleh main macam awek tu mesti I boleh couple dengan Lee Min Ho.






Hmm.. I rasa kami memang sepadan.

Oh gambar I tu terpaksa kaburkan atas sebab keselamatan.
I takut nanti tiba-tiba ada pulak peminat fanatik Lee Min Ho bunuh I kerana jeles I couple dengan dia.
Nasihat I pada peminat-peminat LMH, jodoh adalah ketentuan tuhan.
Jangan mudah cemburu membabi buta.
Kalau betul peminat setia, you all patut mendoakan kebahagiaan kami.



pesanan penting:
Abah, ninie nak iPhone 3 bijik!







Thursday, October 21, 2010

tips meningkatkan tahap keyakinan diri

Anda mengalami masalah kurang keyakinan diri?
Tidak berani bertanya pada orang walaupun anda sesat jalan?
Sering menggeletar ketika disoal guru/lecturer ketika dalam kelas walaupun anda tau jawapan?
Berasa malu ketika ingin melintas sekumpulan lelaki/perempuan ketika sedang berjalan-jalan?
Ataupun anda sering merasakan semua orang memandang pelik dan mengutuk-ngutuk anda?


Ya! 
Saya ada tips yang mungkin boleh membantu anda meningkatkan tahap keyakinan diri anda sehingga ke tahap tertinggi sehingga anda lupa diri.
Sangat mudah untuk diamalkan.
Tidak memerlukan kos yang banyak.


Cara-caranya:


Apabila bangun setiap pagi,pergi ke hadapan cermin dan berkata sama ada secara lisan atau kalau malu cakap dalam hati je.


"Comel/cun/cantik(bagi perempuan)/kacak/hensem/macho(bagi lelaki) -nya aku!"


Jikalau pula anda seorang yang cun/cantik/comel/kacak/hensem/macho dan itu membuatkan anda berasa rendah diri,anda boleh menggunakan ayat ini dihadapan cermin.


"KURANG cun/cantik/comel/kacak/hensem/macho -nya aku!"


Jangan menggunakan perkataan hodoh kerana tiada satu pun ciptaan tuhan yang hodoh.
Lagi sekali di ingatkan jangan menggunakan perkataan HODOH. Ep ep babap kang nak?


Sungguh mudah bukan?
Hanya perlukan sebuah cermin dan Istiqamah untuk melakukannya.


Komen salah seorang pengamal tips:


Ya,cara ini sangat berkesan dalam usaha saya meningkatkan keyakinan diri saya.Dulu saya seorang yang sangat low self-confident.Nak tanya kat apa-apa jenis kaunter atau nak tanya sumthing kat seseorang yang saya tak kenal pun saya tak berani.Tapi tengoklah sekarang,setelah mengamalkan cara ini selama beberapa tahun,kini saya menjadi seorang yang lebih yakin pada diri sehingga saya boleh pergi ke kaunter cashier untuk bertanya "ada apa-apa diskaun tak?".Sungguh beranikan?Dulu saya juga seorang yang selalu beranggapan orang sekeliling selalu mengutuk saya.Namun sekarang saya berani mengatakan "Ah peduli apa aku kau nak cakap apa.Ada aku kisah?".Bila dalam kelas lecturer Anatomy tanya pasal tulang pun saya boleh jawab tanpa tangan menggeletar(kalau tau nak jawab la).Hebat kan.Saya juga semakin berani berkata "Aku comel kan kan"


Itu dia komen yang panjang lebar dari pengamal tips beberapa tahun yang lalu yang telah berjaya meningkatkan tahap keyakinan diri (erk terlebih yakin pun ye)


Jadi apa tunggu lagi.
Renung-renungkan,dan selamat beramal!  (^_^)v

Wednesday, October 20, 2010

pengumuman puasa

Saya, ketua puteri-puteri diraja dengan ini mengishtiharkan tarikh berpuasa DRAMA KOREA bermula pada hari ini sehingga tamat final exam tahun 2, kecuali pada waktu cuti tertentu yang melebihi 5 hari.

*Yessss!! korean movie masih boleh tengok.Rancangan realiti korea pun boleh tengok lagi kan kan.*

Oh jangan nak cakap pengishtiharaan ni tak berguna sebab saya sangat kurang dengan cuti yang melebihi 5 hari okay.Dalam setahun hanya ada 3 kali cuti yang melebihi 5 hari.Sangat kesian =_="

Sebelum pengumuman dibuat dah habis lepaskan gila dekat jejaka kacakmenariktertarikkaumemangthebomb.


kacak gila la gila!








Omo omo
Comel gila
Sumpah kacak. 
Orang gila pun boleh jadi gila tengok.


Okay dah kasi 2 video.Kalau masih lagi tanak mengaku kekacakkan dia hanya ada 2 possibility.Pertama kalau kau perempuan mesti lesbian.Kedua kalau kau lelaki mesti kau jeles.Kan kan?

Perfecto over the veto(bahasa apa ni gila la kau gila).Ah yang penting dia tinggi gila dengan muka tersusun cantik gila.Oh tapi sayang dia kapir kalau tak dah lama nak masuk meminang bagi 18 tepak sirih.Eh agak-agak orang korea reti makan sirih tak ?

Saturday, October 16, 2010

teringat pada si dia

Malam-malam macam ni dah mengantuk tapi mata tanak jugak pejam-pejam.Akhirnya teringat pulak nak update 'pondok mewah' ni.

Fuhh fuhhh fuhhhhhhh!!!
Dushh dushh!!!
uhuk uhuk.banyak pula habuk.

Sumpah sekarang tengah rindu gila kat dia.
Walaupun tak sampai dua bulan kenal tapi gila sayang kat dia.

Senyuman dia.
Cakap dia.
Kerenah dia.
Celoteh dia.
Muka dia.
Bau dia.
Manja dia.

Nak peluk-peluk.
Nak cium-cium.
Nak tepuk-tepuk.
Nak sembang-sembang.

Dia sangat bijak.
Dia sangat menawan.
Dia sangat memikat.

Soooo fallin' love!

















































NUR ARDINI ARYSSA
Si pipi londeh dagu tajam.
Si comel mata bulat.
Gigit nak?

Monday, September 20, 2010

kemalasan berleluasa

Sejak balik ke negara kesayangan ni kemalasan aku nak mengupdate blog ni memang semakin berleluasa.Kadang-kadang bukan malas sebab aku ni kan gadis yang rajin,okay tipu.Rasa macam tade benda yang aku nak cerita.Padahal banyak je perkara nak cerita,cuma ketandusan idea untuk menulis/menaip/mengarang.Kenapakah? saya tidak pasti.Tengok jelah post-post sebelum ni,semua takat tangkap muat je.Hampeh.


Oh sekarang tengah tengok konsert akademi fantasia.Saya tidak minat AF okay.Cuma sebab konsert ni semua Stacy yang nyanyi,sebab tu la aku tengok jugak.Pada aku budak AF yang betul-betul berbakat hanya Stacy dan Aizat.Stacy pandai menari plus suara sedap.Aizat sumpah suara gila merdu.Pelik kenapa Aizat bukan juara AF.Pengundi-pengundi melalui sms boleh explain? Juara-juara lain,Mawi,Faizal,lagi sape eh? Shahir ke? sape-sape jela i tak minat.Damn! kenapa boleh cerita pasal AF pulak ni.


Mischievous kiss dah habis loading! Nak layan drama ni dulu lah.Lagi best tengok Kim Hyun Joong si kacak 4-dimensional ni.Kenapa 4D personality? Google la sendiri.Okay bye-bye,daaaa.....!!





Monday, September 13, 2010

Raya sebulan bai,,,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia

Ampun maaf dipinta
Duit raya juga dipinta


Tak lambat lagi nak ucap kan?
Hari ni baru lima raya.
Raya sebulan beb.


Oh ya.
Jemputlah beraya kat rumah aku.
Makanan free,dijamin halal.


Tuesday, August 31, 2010

happy happy happy

Happy Happy Merdeka Day!

Happy Happy Malaysia Day!

Happy Happy Good Lucky Day!

Happy Happy Sunshine Day!

Happy Happy Twinkle-twinkle Day!

Happy Happy Wonderful Day!

Happy Happy Smiling Day!

Happy Happy Aja-aja Fighting!! 

Happy Happy and Happy Happy!

Wednesday, August 25, 2010

perempuan materialistik

salah seorang manusia yang bergelar seperti tajuk diatas adalah aku.
aku mengaku.
it's better than peopleS yang tak nak mengaku dia adalah materialistik sedangkan hakikat dia tak boleh nampak segala benda yang membuatkan dia menjadi seorang yang materialistik.


perempuan materialistik adalah normal.
lelaki materialistik sangat menggelikan.


kadang-kadang aku rasa pemikiran rakyat malaysia terlalu complicated.
mungkin juga pemikiran masih di dalam lingkungan petak yang mempunyai empat bucu.
bila berfikir terus then sampai ke bucu fikiran tersekat.


bukan semua orang materialistik adalah pisau cukur.
okay mungkin aku adalah pisau cukur tapi aku hanya cukur orang-orang yang di dalam keluarga aku saja.
itu adalah normal kerana aku masih di bawah tanggungan.
alasan yang boleh diterimapakai.
mungkin.




aku tertarik dengan satu benda ni.


tekan disini




dah dengar?
aku tau apa yang anda,anda,anda dan anda sekalian akan fikir.


'ish,jahat punya perempuan! tak berhati perut!'
'materialistik punya perempuan.sumpah keji!'
'apa punya perempuan la ni.pandang harta benda,kekayaan,rupa dan pangkat.bodoh!'


perempuan tu memang kurang ajar.bahasa tak sopan langsung.tak fikir hati dan perasaan orang.
cara bercakap sumpah aku benci dengan perempuan macam tu.


lepas tu aku fikir.
dari sudut pemikiran,mungkin dia fikir untuk kebaikan dan masa depan dia jugak.


aku nak tanya soalan.sila jawab dengan jujur dan setelus hati.
elakkan memberi jawapan yang kau rasa akan menjadikan kau seorang manusia yang baik umpama malaikat.


1. kau adalah perempuan.kau belajar sampai ke peringkat degree or master.kau agak-agak nak tak kau kahwin dengan orang yang takat lulus SPM atau PMR atau tak habis sekolah pun?


2. kau adalah perempuan.kau mempunyai pangkat pegawai atau setanding dengannya.agak-agak nak tak kau kahwin dengan lelaki yang hanya bekerja sebagai salesman/cashier di pasaraya?


3. kau adalah perempuan.gaji kau sebulan beribu,ribu,ribu.agak-agak nak tak kau kahwin dengan lelaki yang hanya dapat gaji sebulan rm800.


4. kau adalah perempuan.kau diberi pilihan.
        a) lelaki yang baik tetapi pendapatan sangat tak cukup dan tiada masa depan yang selesa.
        b) lelaki yang baik tetapi pendapatan mampu menanggung keluarga dan masa depan yang selesa.


sebagai perempuan aku percaya semua nak kehidupan yang menjamin masa depan.


cinta?
zaman sekarang kalau kau hidup dengan duit rm800 sebulan untuk menampung keluarga lagi-lagi yang hidup di tengah bandar.tambah pulak kau perempuan materialistik.macam aku.
apa kau rasa?
secara jujur aku tak sanggup.




aku bukan nak pandang rendah pada orang yang bekerja salesman/cashier/penjual burger ke apa.
ini hanyalah perbandingan semata-mata.
kalau pun kau hanya belajar takat SPM tapi kau bijak berniaga atau bijak menguruskan hidup kau mampu untuk jadi lebih kaya dari orang yang ada sijil pelajaran yang tinggi-tinggi.
tu pun kalau kau bijak lah.










  

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam 1 Ramadhan pada hari ini.
Salam 2 Ramadhan pada hari esok.
Salam 3 Ramadhan pada hari tulat.
Salam 4 Ramadhan pada hari selepas tulat.
Salam 5 Ramadhan pada hari selepas selepas tulat.

Dan salam-salam Ramadhan pada hari-hari seterusnya.


Eh eh terbanyak pulak salam.
Takut ada yang marah pulak.
Ampun boss F!


.SALAM RAMADHAN.
.salam satu malaysia.


pesanan dari penaja:
                     jangan tinggal puasa melainkan ABC.

Friday, August 6, 2010

benci bilang cinta

tengok tajuk post.
tiada cerita tentang cinta aku.
juga tiada kena-mengena dengan kumpulan Radja.
apatah lagi memang langsung tiada kaitan dengan sinetron yang akak aku minat sangat tu.
derrrr...aku tak layan sinetron indon yang tah apa-apa okay.


aku suka buat kerja last minute.
jangan marah aku.
jangan kutuk aku.
hal aku,suka hati aku la nak buat bila-bila pun.
ada aku telah buat kau rugi berjuta-juta ringgit?
kalau ada meh sini datang kat aku mintak claim.
aku kaya.
setakat 10,15 juta tu petik jari aku boleh bayar.
aku kaya,
aku banyak duit,
kertas 'jutaria' la tapi.
erk itu pun belum beli lagi.
nanti kalau kau datang nak claim aku belilah.


berbalik pada keadaan.
aku kurang berminat nak rancang awal-awal kerana selalu mesti tak jadi.
bila sampai saat-saat terakhir banyak pulak halangan.
betul la kata orang,
hidup ini penuh cabaran,halangan dan dugaan.
okay semua tu benda yang sama.
eh suka hati aku la nak tulis banyak-banyak.
aku punya blog.
apa kau kisah.
nak baca teruskan.
tanak baca boleh blah.


dalam situasi aku.
last minute plan always success.
plan yang aku sediakan awal-awal always failed.
itu aku lah.
setiap manusia berbeza.
so jangan nak tiru aku.
kau ada hidup kau,aku ada hidup aku.
just move on and follow your ways.




*post ini disebabkan rancangan awal keluar beramai-ramai telah gagal.




eh eh cicak ni suka pulak nak main tinjau-tinjau.
blah lah.aku tak suka kau!
salah satu sebab aku tak suka bila duduk rumah rendah-rendah ni.
cicak pasti muncul!
hep hep.











Thursday, August 5, 2010

pemakan yang berjaya





Pukul 5.30 pagi menyelinap masuk dapur,goreng wantan sambil makan durian dan minum jus epal.




Aku rasa tiada manusia lain sehebat aku.


Haha.







Wednesday, August 4, 2010

sentimental value tiada harga

macam mana kalau barang yang kau sayang ada orang tetibe pulak sayang dan nak beli.boleh pulak paksa kau jual barang tu kat dia.what the hell kau nak sayang barang aku?


first of all barang tu aku punya.second barang tu aku sayang.third barang tu aku beli atas hasil usaha aku.walaupun usaha aku tu tak mengeluarkan peluh tapi banyak air liur yang aku tabur untuk dapat barang tu.macam mana aku dapat?masa hari jadi aku yang ke-19 aku mintak duit kat mak,abah,alang,angah dan abang mamat.aku kumpul duit-duit tu semua lepas tu aku beli barang tu.pada aku barang tu adalah hadiah hari jadi aku.banyak air liur aku keluar tau.fourth barang tu bagi aku banyak usaha untuk dapatkan-nya.aku silap beli baju then lepas habis final exam petang aku terus keluar pergi KL cari barang tu sampai malam.balik rumah sampai pukul 2 pagi sebab mencari baju tu.kalau mak dengan abah aku tau memang kena bebel berdozen-dozen balik umah dah pagi.lastly barang tu bawa banyak sangat kenangan pada aku.aku dapat title 'princess' sebab barang tu.


then kau ingat senang-senang je aku nak jual kat kau.dengan alasan yang mak aku bagi,mak kau cakap kau sayang and suka giler kat baju tu.habis aku tak sayang?aku tak suke giler?sayang aku tak perlu kira?sayang kau je nak tengok?sebab kau anak manja dan apa benda kau nak sume dapat?habis aku?benda dah memang hak milik aku,aku tak boleh dapat?deyyyyy...otak letak kat mana?


kau dah dapat pinjam baju aku tu tanpa pengetahuan aku bersyukur la wei.nasib baik la mak aku tu baik sangat pergi bagi kau pinjam baju tu walaupun aku dah cakap tak boleh.kau ingat aku senang nak bagi pinjam barang yang aku sayang?jangan harap! even kawan-kawan satu rumah aku pun ada benda yang aku sayang aku takan kasi diorang pinjam.ni pulak kau yang tah sapa-sapa yang aku tak pernah nampak muka.sebab mak kau kenal mak aku je tu yang mak aku bagi kau pinjam.dan sebab mak aku yang kasi pinjam jugak aku simpan je rasa marah membara aku ni dalam hati.bebel sikit-sikit tu memang ada la kan.tipu kalau aku kata tade langsung.tapi sebab mak aku yang kasi pinjam aku tak boleh nak marah mak aku.kalau akak aku or abang aku yang kasi pinjam dah lama dah kena maki.ni aku sabar.


nak beli?aku baru sekali je pakai beb.aku jual harga rm500 kau nak beli?memang aku beli harga tak mahal sangat.rm100++ je.abis kau bajet aku nak jual harga rm100?kirim salam sampai hujung dunia la! tak mungkin! aku letak harga rm500 kau nak?kalau nak okay.aku boleh siapkan diri aku nak lepaskan barang tu.melampau rm500?pandai pulak kau nak mintak murah.kau ingat sentimental value aku harga berapa?kalau barang tu ada kat aku kau nak beli harga rm1000 pun haram aku nak jual.masalahnya sekarang barang tu kat kau.even aku dah mintak banyak kali kat mak aku suruh mintak balik kat mak kau tak pernah-pernah nak pulang.apa dah jadi kat barang tu pun aku tak tau la.kalau aku tau ada sikit cacat cela kat barang tu memang gunung berapi akan meletup pada tahap 50.8 skala ritcher.masa tu nanti mak aku pun tak boleh cakap ape dah.aku punya jaga barang aku tu.huiiii berapi giler rasa sekarang nih!


bila aku cakap aku boleh tunjuk kedai yang aku beli barang tu kat kau.kau boleh cari sendiri.boleh dapat lagi murah dari harga yang aku letak tu.kau tanak.nak jugak benda tu sebab dah sayang sangat.sayang otak lu! barang aku tu syial! kan dah banyak aku maki ni.eeiiiiiii geram giler! nak je aku jumpa mak kau cakap sikit jangan manjakan sangat anak tu sampai apa dia nak semua nak kasi.nak barang orang pun sampai sanggup mak kau pujuk mak aku suruh pujuk aku supaya jual benda tu.nanti kalau anak kau nak kat laki orang yang laki tu tanak kat anak kau pun kau nak pujuk laki tu supaya terima anak kau?come on la mak cik.jangan manja melampau sangat anak tu.nanti buruk jadinya.kan dah keluar kurang ajar aku.kalau terpaksa aku boleh je cakap ayat ni depan mak cik.jangan cabar sangat aku.kalau dah tercabar apa pun aku boleh buat.mengenangkan mak cik tu kawan mak aku je.nanti kang orang kata mak aku tak reti ajar anak pulak.buruk nama mak aku.


nak tau barang apa yang aku maksudkan?ini ha.......



barang tu bukanlah teko atau piring atau curtain meja kaler merah kat sebelah aku tu.

baju syial! oh bukan baju tu yang syial.aku nak cakap: baju syial!


ha..baju.kau tau tak baju?

BAJU!

baju adalah barang paling berharga antara semua barang-barang aku.
dan ini adalah baju yang PALING BERHARGA antara semua baju-baju berharga aku.

so kau tau tak apa maksudnya?

ada otak pakai.kau budak mrsm.aku budak teknik je.jangan memalukan otak budak mrsm okay.

Friday, July 30, 2010

suka suki aku

bahagia??
pasti.
segala apa yang aku nak makan dapat.walaupun kadang-kadang terlambat sikit pun tak mengapa-lah.ya perkara  yang aku suka bila dapat balik adalah makan.malaysia jugak tempat makan yang best.macam-macam jenis makanan ada.bangsa berbilang kaum.satu kelebihan kepada malaysia.kaum yang tidak termasuk dalam senarai malaysia pun makanan diorang still boleh dapat kat malaysia.western food,makanan jepun,korea,arab semua ada.salah satu kelebihan jugak bila orang malaysia suka meniru.perbuatan meniru bukan-lah semuanya negatif.masih ada positifnya.

gemuk?
peduli apa aku.aku suka makan.aku punya pasal la.



shopping.
ada tesco,JJ,giant,carrefour,mid,TS,sg wang,alamanda,BB,pavi.kau ingat kat sana senang aku nak cari tempat macam ni?

bila balik malaysia aku suka pergi tesco dan JJ dengan family sebab nanti aku ambik je barang masuk dalam troli.nanti kat kaunter bil sampai beratus-ratus koman-koman pun mak membebel je.aku tunjuk la senyuman manis aku.tak payah keluar duit dari dompet sendiri.bahagia.



lagi perkara yang bahagia bila di malaysia adalah hujan.aku suka hujan.berapa lama dah aku tak jumpa hujan.panas memanjang.sakit kepala.bila aku balik aku jumpa hujan.nyaman sungguh.

aku bahagia.



cantik.
ya malaysia cantik.kita patut bangga dengan kecantikan malaysia.dah lama aku tak nampak tempat cantik macam malaysia.

aku suka sebab aku nampak pokok hijau.tak banyak warna coklat kat malaysia.



naik kereta dengan aman.
tak banyak hon macam kat negara E.kalau jam pun masih didalam barisan.kereta pun tak terhenjut-henjut.ada aircond.aku suka.



aku tak tulis keluarga adalah perkara yang aku suka bila kat malaysia?
tak payah tulis pun takpe sebab semua orang pun tahu keluarga adalah perkara yang paling membahagiakan bila pulang ke malaysia.

Friday, July 23, 2010

dah nak terberak baru nak korek lubang

Sejak kebelakangan ni aku asyik tercirit je.malam-malam sampai 3 kali pergi tandas.belum kira siang-siang lagi tu.bape kali aku pergi tandas takde pulak aku kira.Diarrhea yang teramat sangat.tapi tajuk post kali ni takde kena-mengena dengan cerita diarrhea aku.sebab sekarang zaman moden.kalau aku nak berak tak perlu susah-susah nak korek lubang lagi.mangkuk tandas sudah tersedia ada.


Aku nak cerita betapa kelam dan kabut-nya aku sekarang nih.tulat dah nak start gerak untuk balik.besok baru nak terhegeh-hegeh pergi mencari jubah kat Mansuro.tadi pergi Cairo pergi cop result yang berkurun lama aku tunggu baru keluar akhirnya.Alhamdulillah semua subjek lulus.tak perlu aku repeat paper dan delay kepulangan aku.Syukur.barang aku tak kemas pun lagi.nak kena kemas rumah lagi.coklat tak beli lagi.broadband tak bayar lagi.duit rumah lagi.duit tremco lagi.tapi duit aku dah takde.ponin palo den hah.migrain migrain.okay tipu sebab aku tak pernah ada penyakit migrain.


Walau macam mana pun,hari rabu nanti cuaca di Malaysia pasti sangat redup dan nyaman kerana kaki aku menjejak di tanah tumpah darahku rakyat hidup bersatu dan maju.rindu pulak nak nyanyi lagu Negaraku.dulu masa kat sekolah cikgu suruh nyanyi malas nak bukak mulut.sekarang baru reti nak rasa rindu.betul la orang kata,masa ada kat depan mata tak nampak,bila dah hilang baru nak rindu.haha


Perkara pertama yang aku nak buat bila sampai mesti la nak peluk cium mak abah.pasti.lepas tu nak jejak kaki ke rumah baru yang tak berapa nak baru sebab tak pernah tengok lagi rumah tu.lepas tu nak MAKAN! nanti sebelum balik nak mintak request mak masak ketam masak lemak cili api letak nenas.haha.aku sampai pun tengah  hari.memang waktu yang sangat sesuai untuk makan.gila tak sabar! makanan lain yang paling-paling aku teringin nak makan yang bukan mak masak adalah yong tau fu.kena tunggu hari jumaat nanti pergi pasar malam Putrajaya yang sangat aku rindu.oyeehhhhh tak sabar sungguh rasa hati.


WAIT FOR ME!

Thursday, July 22, 2010

jangan menganggap subuh itu kelam

Maka,
berkata-katalah mereka.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kata apa?
ha........itu yang kita tak tahu tu.



*pekerjaan yang tiada kerja apabila subuh menjelang.
  ayuh solat!









Wednesday, July 21, 2010

penantian sia-sia?

Sedar tak sedar dah dekat sebulan aku duduk negara E tanpa pergi ke kelas seperti pelajar-pelajar universiti yang lain.bukan kerana aku malas.tapi sebab aku dah habis peperiksaan tahun pertama ye.jangan mudah berprasangka.aku manusia baik.jarang ponteng kelas.tipu atau tidak aku jawab 'no comment'.


Aktiviti berfaedah selama sebulan menggoyangkan kaki di rumah hampir 75% aku menelaah drama-drama korea di pasaran.sama ada drama baru atau lama semua aku study.rajin kan aku.memang tiada manusia lain yang serajin aku dalam bab ni.seandainya ada peperiksaan berkaitan drama korea aku pasti dan yakin aku akan lulus dengan cemerlang dengan mendapat anugerah dekan dan membawa pulang segulung ijazah dan dengan bangganya tunjuk kepada kedua ibubapa lantas akan menerima hadiah free kick dari mereka.untuk menyedarkan aku bahawa semua itu tidak mungkin dan tidak akan pernah berlaku.


Disebabkan terlalu khusyuk menelaah drama korea barang satu apa pun aku tak kemas lagi.sekali pandang macam orang yang tak teringin nak balik.pandangan tu memang tersangat la menipu.kena dua kali pandang baru nampak wajah sebenar.rasa nak balik tu teramat sangat sampai tanak kemas barang dah sebab nak balik dengan mudah yakni siap-siap pakai baju,pakai jam yang dah mati sebab tau dah nak balik Malaysia untuk beli jam baru,ambil laptop,ambil handbag,pakai kasut then terus balik.terasa sangat cool.


Yang paling aku kesal dan menyesal sekali dekat sebulan aku tunggu result final tak keluar-keluar lagi.dah la besok,oh maksud aku harini adalah peluang terakhir pergi embassy untuk translate result.sebab isnin minggu depan aku dah kena bergerak ke Cairo untuk pergi ke Luxor dan hooray hooray! welcome back to Malaysia! tik tik tok daisypath aku tertulis 6 hari je lagi tinggal.okay berbalik kepada cerita.embassy bukak untuk translate result hanya pada hari isnin dan rabu.apa kes.adakah penantian aku selama ni hanya sia-sia.kalau aku tau baik aku beli tiket balik awal.mesti aku dah bergembira berguling-guling atas padang Dataran Merdeka.okay tipu.


Apa-apa pun sama-sama doakan aku dan kawan-kawan aku lulus cemerlang dalam exam kali ni ye.terima kasih. :)

Tuesday, July 13, 2010

akan tiba-kah saatnya nanti?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang akhirnya akan menitiskan air mata untuk aku?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang akan buat apa saja demi aku?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang sentiasa cakap tidak tapi dalam hati berkata ya demi aku?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang akan buat sesuatu yang tidak pernah dibuat hanya untuk aku?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang akan buat perkara bodoh kerana aku?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang akan tunjukkan perangai sebenarnya hanya didepan aku?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang akan mampu mengikut kata-kata aku?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang akan sentiasa senyum kerana aku?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya akan tibakah saatnya nanti akan ada seorang lelaki ego yang kaya nak kat aku?



shit sejak bila aku suka nak menulis benda-benda jiwang macam ni.

oh ya tapi aku paling suka point yang terakhir tu.haha


p/s
saya memang suka lelaki ego.

say peace! (^_^)v

Friday, July 9, 2010

entri emo

aku nak menceritakan tentang orang-orang yang kadang-kadang/selalu tak sedar diri.Facebook aku kadang-kadang/selalu mendapat update status dengan contoh-contoh petikan yang macam

 Jebon kamu adalah lelaki yang paling saya sayang dalam hidup saya.love u always Jebon

tanpa mu Jebon tak bermakna hidup saya.rindu kat awak Jebon

setiap saat saya teringat kat awak.bila kita nak jumpa Jebon.i miss u!

dan lain-lain.malas aku nak tulis banyak-banyak.

'kamu adalah lelaki yang paling saya sayang dalam hidup saya.'
hellooooo kau dah takda bapak ke nak sayang?andaikata bapak kau dah meninggal pun sepatutnya still kau kena sayang kat dia kan.sebab tanpa dia siapalah kau.lain la kalau si Jebon tu husband kau memang la dia lelaki yang patut kau paling sayang dalam hidup sebab syurga isteri di bawah telapak kaki suami.
ke bapak kau perempuan?

ayat yang patut kau tulis kalaulah memang kau sayang si jebon tu:
kamu adalah ANTARA lelaki yang paling saya sayang dalam hidup saya.

oh ya.kalau lelaki yang tulis
kau adalah wanita yang paling aku sayang dalam hidup aku
memang nak mintak kaki la daripada aku.sepatutnya orang yang patut kau paling sayang adalah mak kau walaupun kau dah berkahwin sebab tiada istilah syurga suami di bawah telapak kaki isteri.lelaki still memegang istilah syurga anak dibawah telapak kaki ibu.


'tanpamu tak bermakna hidup saya'
kau akan matikah kalau si Jebon kau tu takda?kalau Jebon tu takda lepas tu kau rupa dah macam mayat hidup memang aku tabik spring bergetar-getar la kat kau.tapi dulu sebelum kau couple dengan si Jebon tu kau couple dengan si Samad tu pun kau cakap benda yang sama jugak.eh boleh pulak hidup kau bermakna dua kali.hebat lah kau.

ayat yang patut kau tulis kalau lah dia memang bermakna dalam hidup kau:
hidup saya BERTAMBAH bermakna dengan awak.


'setiap saat saya teringat kat awak'
kalau macam ni la fikiran kau aku rasa kau patut kahwin jela.daripada fikiran kau SETIAP SAAT teringat kat mamat kau tu kan.sampai takda saat untuk kau ingat hal lain.tuhan?family?study?kehidupan seharian?takda saat yang kau tinggal untuk fikir hal-hal tu semua.

ayat yang patut kau tulis kalau kau memang selalu ingat kat dia:
saya SELALU ingat kat awak.


dan yang paling aku menyampah sekali kalau ada orang yang setiap kali update status mesti pasal cinta-cinta manusia.dah macam takda benda lain yang berlaku dalam hidup kau.kalau ada updater status macam tu memang sangat annoying.

aku selalu perasan yang buat status-status annoying ni majoritinya adalah perempuan.kenapakah?aku sebagai perempuan kadang-kadang rasa segan dengan kaum sejenis aku ni.okay kalau dia buat status-status macam tu dan berbalas seperti pakwe dia pun selalu buat status-status annoying tu tak kisah la.nampak sangat la diorang ni memang pasangan yang sama-sama annoying.tapi sangat sadis kalau si perempuan je yang annoying buat status-status annoying berulang kali tapi tak mendapat balasan pun dari sang kekasih.malu sungguh.

nak buat status untuk tunjuk kasih sayang dan cinta kau boleh.tapi jangan lah setiap status yang kau update dan dalam satu hari berkali-kali kau update status pasal cinta kau je.annoying lah!






p/s
ni mungkin entri jeles sebab aku takda pakwe.haha



dan Jebon dan Samad bukan nama sebenar.






Thursday, July 1, 2010

saja nak mengutuk

siapa yang aku nak kutuk?erk aku rasa ayat yang sebagusnya bukan mengutuk.nak mengata je.kadang-kadang aku tak paham kenapa ramai sangat perempuan tergila-gila suka kat Justin Bieber.okay aku tak kisah la kau nak minat siapa pun kan.tapi ramai gila yang cakap dia sangat kacak.kacak ke?kenapa aku tak nampak kekacakkan dia.aku nampak dia macam perempuan la.serius masa mula-mula aku tengok gambar dia aku macam keliru.dia ni laki ke perempuan?nama laki muka macam perempuan.suara pun macam perempuan.bukan aku je yang cakap.kawan aku pun cakap macam tu.okay pasal suara tu tak kisah la.mungkin sebab dia budak lagi kot.suara tak pecah lagi.tapi aku dulu pernah assumed dia adalah pengkid.haha.tak percaya?tengok ni.


nampak tak nampak tak?
macam perempuan kan?
aku rasa pengkid kat kolej aku dulu lagi nampak muka jantan.


erk by the way sesiapa peminat justin bieber ni harap maaf.aku bukan benci dia.tade sebab pun aku tetiba nak benci kat orang.dan aku pun tak minat kat dia.cuma tertanya-tanya je.dia sangat mengelirukan fikiran aku.haha.

lagi satu mengikut pandangan aku muka justin bieber ni bukan muka jambu.muka jambu macam ni.

hah memang jambu habis!
grrrrrrrrrrrrrr...........


haha lepas ni aku rasa nak buat post pasal muka-muka orang la.macam seronok.tungguuuuuuuuuuu.......



Friday, June 25, 2010

mewahnya manusia yang belum lahir

kalau ikut due date yang aku dengar-dengar insya'allah awal bulan 8 ni keluar la dia.tak sabar pulak rasa nak tunggu saat tu.haha orang lain yang nak beranak aku pulak yang excited melebih-lebih.mana tak-nya first cucu beb.oh bukan cucu aku ya.saya masih muda dan teruna/dara lagi.cucu mak dan abah aku pastinya.mak cakap tengok gambar ultrasound tu bentuk muka baby macam muka aku.kalau ikut muka aku haruslah sangat comel muka baby.

disebabkan si kecik yang tak lahir lagi tu aku punya perbelanjaan bulan 6 habis masa awal bulan.terpaksa topup dengan duit belanja bulan 7.belum pun masuk bulan 7 duit belanja dah nak abis.haiii si kecik si kecik.beli souvenir untuk kau sorang je dah habis beratus.mengalahkan orang lain punya yang harga lebih kurang 30L.E je sorang.atuk dan opah kamu punya souvenir pun mak su tak belikan lagi.bertuah sungguh kamu.walau tak lahir lagi hidup dah mewah.ni baru hadiah dari mak su comel kamu ni.tak kira lagi souvenir dengan hadiah-hadiah dari mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik kamu yang lain.

kamu sangat beruntung okay sebab dapat mak su yang sangat-sangat suka giler dekat baby.masuk kedai baby semua barang mak su rasa nak beli.boleh dikata hampir setiap minggu muka aku pergi kedai 'baby home'.sampai orang kedai tu pun dah kenal muka gadis cun/ayu/manis/comel ni.owh dan juga muka kawan aku Nashitan (bukan nama sebenar).



first baju yang mak su beli untuk baby


yang ni hadiah dari kawan mak su
auntie najatun/nashitan
(tua giler rasa panggil auntie.haha)


comel kan kasut ni kan kan


beli baju kaler lain pulak


yang ni untuk anak sepupu aku


comel giler sweater untuk baby


cari kaler pink takde.ulat pink pun jadilah


serius yang ni yang paling aku suka!
comel giler!
cari kaler pink pun takde jugak


kredit kat kedai ni.
terima kasih

ya!!! kalau boleh semua nak beli kaler pink.kata pun baby girl kan.tambah pulak aku memang suka giler kaler pink.habis semua barang baby kalau boleh nak cari pink.jangan nanti tetiba keluar baby boy pulak.terpaksa la  simpan barang tu sampai dapat adik perempuan.haha.tapi mak aku cakap tengok bentuk perut kakak aku memang nampak bentuk baby perempuan.orang-orang lama tau je nak tengok kan.mak kata kalau perut bulat je tandanya baby lelaki.kalau macam lonjong sikit baby perempuan.eh eh ke terbalik?aku pun tak pasti.tapi ada la bentuk-bentuk dia.insya'allah keluar la baby girl nanti.sebab baby girl banyak fesyen.macam-macam aku boleh gayakan nanti kat budak tu.hehe



tiba-tiba aku rasa blog aku ni dah jadi macam blog menjual barang-barang bayi.
 

Blog Template by YummyLolly.com